INSANIAH EDISI 1 2025

ppki . usim PPKI USIM Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ppki.usim.edu.my Bernaung di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), kelab ini dipimpin oleh Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah Ali Pitchay sebagai penasihat, manakala Siti Nursarah Zafirah binti Kemarolzaman mengetuai barisan Majlis Tertinggi sesi 2024/2025. KelabUNESCOUniversiti Sains IslamMalaysia (USIM) merupakan platformaktif dalam memupuk kesedaran tentang nilai dan matlamat UNESCO di kalangan mahasiswa. Penubuhannya bermula sekitar tahun 2014–2015 hasil inisiatif pihak yang prihatin terhadap kepentingan melestarikan warisan dunia, mempromosikan pendidikan, sains dan budaya, serta membina persefahaman antarabangsa. Inspirasi turut diperoleh daripada kejayaan kelab seumpamanya di universiti lainyangberjayamelahirkanmahasiswaberwawasanglobal. Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menubuhkan Urus Setia Kokurikulum Pelajar (UKP) sebagai langkah memperkasakan kemahiran insaniah mahasiswa. Diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada tahun 2024, UKP berperanan menyelaras aktiviti kokurikulum secara sistematik bagi menyokong pembangunan pelajar holistik. UKP menjadi platform strategik bagi mahasiswa mengurus aktiviti seperti projek akhir kursus, karnival sukan, festival kokurikulum, program kesukarelawanan, dan khidmat masyarakat. Selaras dengan falsafah integrasi ilmu Naqli dan Aqli USIM, UKP membantu menggilap potensi pelajar dari aspek intelektual, spiritual, dan sosial di bawah bimbingan PengarahPPKI. Logo rasmi UKP menampilkan warna biru melambangkan kebersamaan dengan cogankata “Kokurikulum Pemacu Transformasi Insaniah.” Penubuhan UKP diharap melahirkan graduan USIM yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga unggul sahsiah, berjiwa sukarelawan, serta mampu menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan negara. Struktur kelab ini terdiri daripada enam kluster utama: Sains Sosial, Sains dan Alam Sekitar, Kebudayaan, Multimedia, Pendidikan, dan Komunikasi — masing-masing berperanan memperkasa kepimpinan, kreativiti dan kesedaran sosial mahasiswa. Melalui pelbagai program berbentuk pendidikan, kemanusiaan dan kebudayaan, setiap kluster memberi ruang kepadaahli untukmenerapkannilai kemanusiaansejagat dan tanggungjawabsosial. Lebih daripada sekadar organisasi pelajar, Kelab UNESCO USIM menjadi wadah pembangunan sahsiah, bakat dan intelektual, sejajar denganmisi USIMmelahirkangraduanberilmu, berakhlakdanberjiwaglobal. Urus Setia Kokurikulum Pelajar (UKP) Pemacu Transformasi Insaniah Mahasiswa USIM 17 I NSAN I AH MUHAMMAD AMAR FAEEZ BIN AHMAD SETIAUSAHA UKP Kelab UNESCO USIM Memupuk Nilai Kemanusiaan dan Kelestarian Global Sharifah Najihah Binti Syed Ishar dan Ilya Adlina Binti Abd Halim , UNESCO USIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=