INSANIAH EDISI 1 2025
GOLDEN QURAN CIRCLE SERLAHKAN JIWA QURANI MAHASISWA BERSAMA WARGA EMAS “SENTUHAN NURANI, JALINAN KASIH” SEMAI NILAI EMPATI MAHASISWA USIM NILAI, 2 Julai 2025 – Kursus Hafiz Mujtama’i IV (CTD2041), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) telah menganjurkan program “Gen Q: Golden Quran Circle” di Madrasah Ibnu Mas‘ud, Nilai. Program ini merupakan projek akhir pelajar Kelab Hafiz Mujtama’i IV Semester II 2024/2025 sebagai aplikasi nilai insaniah yang dipelajari sepanjang semester. Seramai 15 pelajar terlibat bersama jurulatih, Dr. Zainora binti Daud, yang membimbing pelaksanaan program berteraskan pendekatan al-Quran bersama komuniti warga emas. Aktiviti yang dijalankan termasuk senaman ringan, tadabbur Surah al-Humazah, kuiz interaktif, dan latihan kumpulan, bertujuan mengasah empati, komunikasi, dan kepimpinan pelajar di samping menyemai nilai kasih sayang merentas generasi. AMPANG, 14 Jun 2025 – Kluster Pendidikan dan Kluster Sains Sosial Kelab UNESCO USIM sesi 2024/2025 telah menganjurkan program khidmat masyarakat bertemakan “Sentuhan Nurani, Jalinan Kasih” di Rumah Perlindungan Nur Hati, Ampang. Program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari ini disertai oleh 40 sukarelawan daripada Kelab UNESCO USIM. Program ini bertujuan memupuk kesedaran dan kepekaan sosial dalam kalangan mahasiswa melalui interaksi bersama anak- anak yatim. Aktiviti yang dijalankan termasuk ceramah motivasi, permainan mini dan gotong-royong menceriakan kawasan rumah perlindungan. Pengalaman ini memberi peluang pelajar merasai nilai kasih sayang, empati dan tanggungjawab sosial, di samping membawa kegembiraan kepada penghuni rumah perlindungan. Program ini turut membuka ruang refleksi diri kepada mahasiswa agar lebih menghargai nikmat kehidupan serta menghayati nilai kemanusiaan sebenar. Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai matlamatnya sebagai wadah membentuk mahasiswa seimbang dari segi ilmu dan akhlak, seiring dengan misi USIM melahirkan generasi berilmu, berjiwa insani dan berbakti kepada masyarakat. Program ini turut memperkukuh jati diri Qurani mahasiswa dan tanggungjawab sosial sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran (3:104) agar umat Islam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada pihak madrasah dan warga emas sebagai tanda penghargaan. Secara keseluruhan, Gen Q: Golden Quran Circle membuktikan bahawa aktiviti kokurikulum berimpak tinggi mampu membentuk mahasiswa holistik sejajar dengan misi USIM yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli. Dr . Zainora Binti Daud , Jurulatih Kursus Hafiz Mujtama ’ I Nurul Khalilah Binti Abd Rahman , UNESCO USIM 16 I NSAN I AH ppki . usim PPKI USIM Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ppki.usim.edu.my
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=