INSANIAH EDISI 1 2025
Badan Beruniform Pemangkin Jati Diri Mahasiswa Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan pembentukan pelajar holistik yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Dalam kerangka ini, badan beruniform berperanan penting sebagai platform pembangunan sahsiah dan jati diri mahasiswa melalui disiplin, kepimpinan, serta semangat kesukarelawanan. Sebagai contoh, latihan luar PALAPES menguji ketahanan fizikal dan mental mahasiswa dalam keadaan serba mencabar, manakala program sukarelawan memberi peluang mereka berkhidmat kepada komuniti. Pengalaman ini membina karakter dan daya kepimpinan yang kukuh untuk mendepani realiti pekerjaan. Badan seperti Kor SISPA, PALAPES, SUKSIS, Kesatria, Bulan Sabit Merah, dan Siswa Bomba Bantuan menjadi wadah latihan luar bilik kuliah yang mengasah daya tahan mental dan fizikal. Aktiviti kawad, latihan lapangan, dan misi kemasyarakatan membentuk nilai tanggungjawab, ketepatan masa, dan kerjasama berpasukan—elemen penting bagi graduanmasa kini. MemperkasaMinat danPenglibatan Pelajar Mahasiswa ialah aset penting negara. Penyertaan dalam badan beruniform bukan sekadar memenuhi tuntutan kokurikulum, tetapi proses pembinaan diri yang melahirkan graduan berdisiplin, beretika, dan berdaya saing. Melalui semangat kepimpinan, tanggungjawab, dan integriti yang diterapkan, badan beruniform terus menjadi pemangkin jati diri mahasiswa USIMyang unggul. Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) sentiasa komited memperkukuh pembangunan sahsiah pelajar melalui aktiviti kokurikulum yang berimpak. Beberapa langkah strategik telah diambil, antaranya: 1.Insentif & Pengiktirafan – Penglibatan pelajar digalakkan melalui sijil, merit kokurikulum, anugerah khas, dan peluang luar negara seperti Global Islamic Student Outreach (GISO). 2.Program Relevan & Interaktif – Aktiviti seperti simulasi bencana, khidmat komuniti desa angkat, perkhemahan lasak, dan projek inovasi sosial memberi nilai tambah kepada pengalaman pelajar. 3.Sokongan Universiti – Penyediaan fasiliti, bimbingan jurulatih, dan promosi aktif melalui media sosial membantu meningkatkan kesedaran dan penyertaan pelajar. Dr . Umi Hamdaton Mohd Soffian Lee & Muhammad Shahrul Naim Mohd Tokiman ppki . usim PPKI USIM Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ppki.usim.edu.my 15 I NSAN I AH
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=