INSANIAH EDISI 1 2025
NILAI INSANIAHDI SEBALIK OPERASI TANAHRUNTUH BATANGKALI Pada pagi Jumaat, 16 Disember 2022, negara dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor, yang meragut 31 nyawa daripada 92 mangsa terlibat. Ketika itu, beliau bertugas sebagai Pegawai Staf 2 Gerak di Markas 11 Briged dan telah diamanahkan oleh Panglima 11 Briged untuk menyelaras penglibatan Tentera Darat Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak awal kejadian. Pasukan pertama digerakkan ialah kumpulan tinjauan dari Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD), disusuli penubuhan Forward Operating Base di Hutan Lipur Sungai Kedondong. Operasi turut disokong oleh CTT PULADA bersama anjing pengesan dan pasukan 91 Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 RAJD) untuk kerja pembersihan cerun. Beliau bertanggungjawab mengurus Markas Kawalan Operasi, menyedia laporan harian kepada pucuk pimpinan, serta menyelaras kehadiran pegawai atasan ke lokasi. Operasi SAR ini melibatkan kerjasama lima agensi utama iaitu PDRM, JBPM, ATM, SMART Team dan APM. Penyelarasan silang agensi ini menjadi bukti kecekapan dan semangat kolaborasi antara pasukan keselamatan negara. Bagi beliau, pengalaman ini menuntut keseimbangan antara profesionalisme dan nilai kemanusiaan — satu bentuk violence management yang diterjemahkan melalui empati, ketenangan dan kepekaan terhadap situasi genting. Mangsa terakhir ditemukan pada 24 Disember 2022, menandakan kejayaan operasi sebelum semua agensi berundur pada keesokan harinya. Bagi beliau, pengalaman di Batang Kali bukan sekadar satu tugasan ketenteraan, tetapi satu peringatan bahawa peranan pegawai tentera turut merangkumi barisan hadapan kemanusiaan — di mana keberanian, keinsafan dan nilai insaniah menjadi nadi kepada setiap bentuk khidmat dan kepimpinan. Mej Noor Efendy bin Hj Samih , Ketua Jurulatih PALAPES USIM 14 I NSAN I AH ppki . usim PPKI USIM Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ppki.usim.edu.my
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=