INSANIAH EDISI 1 2025
13 I NSAN I AH ppki . usim PPKI USIM Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ppki.usim.edu.my Tahun keempat pengajian menjadi titik penting apabila beliau menjalani latihan industri di Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD), Kem Semenggo, Kuching. Di sana, beliau berpeluang menyelami kehidupan sebenar anggota tentera dan memahami struktur organisasi serta budaya kerja dalam pasukan infantri. Pengalaman ini mengukuhkan tekadnya untuk memilih kerjaya ketenteraan sebagai medan sebenar bakti kepada agama, bangsa dan negara. DARI SEORANG PEGAWAI KADET KE PEGAWAI TENTERA DARAT Dilahirkan dalam keluarga yang menjunjung tinggi semangat perajurit, beliau membesar dengan inspirasi daripada arwah ayah dan datuk yang pernah berkhidmat dalam angkatan tentera. Sejak kecil, beliau menyimpan impian untuk mengikuti jejak langkah mereka, bukan sekadar meneruskan legasi keluarga tetapi sebagai satu jalan hidup yang diyakininya. Minat mendalam terhadap kekemasan pakaian seragam serta disiplin dan ketegasan anggota beruniform menjadi dorongan utama yang menyalakan semangat perjuangan dalam dirinya. Pada tahun 2002, beliau melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sambil menyertai PALAPES UNIMAS sebagai Pegawai Kadet selama tiga tahun. Sepanjang latihan, beliau dididik bukan sahaja dalam aspek fizikal dan ketenteraan tetapi juga dalam membina disiplin diri, semangat berpasukan serta kekuatan mental dan spiritual. Latihan ini turut menanam nilai keseimbangan antara ilmu Naqli dan Aqli, membentuk keperibadian beliau sebagai insan berjiwa waja dan berprinsip. MENJEJAK IMPIAN, MEMBINA SAHSIAH Selepas menamatkan pengajian, beliau menyertai Tentera Darat Malaysia melalui Skim Graduan dan ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 14 September 2006, sekali gus merealisasikan impian zaman kecilnya. Kini, sebagai Ketua Jurulatih PALAPES USIM, beliau menyalurkan pengalaman dan nilai kepimpinan yang diperoleh untuk membentuk generasi pegawai muda yang berdisiplin, berakhlak dan berjiwa besar. Bagi beliau, disiplin, jati diri dan nilai kemanusiaan bukan sekadar pelengkap, tetapi asas sebenar dalam kepimpinan ketenteraan yang unggul. Mej Noor Efendy bin Hj Samih Ketua Jurulatih PALAPES USIM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=