PELAN STRATEGIK USIM 2023 UPDATE 070623
Pelan Strategik USIM 2023-2025 I Universiti Sains Islam Malaysia Aluan Naib Canselor Saya memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya Pelan Strategik USIM 2023-2025 dapat diterbitkan. Pandemik Covid-19 memerlukan universiti untuk menilai semula hala tuju serta prioritinya bagi mendepani cabaran mendatang. Bagi menjawab cabaran pasca Covid-19, USIM memperkenalkan Pelan Strategik USIM 2023-2025 bagi memastikan universiti ini dapat terus menjawab hasrat penubuhannya dan keperluan masyarakat secara keseluruhan. Pelan Strategik USIM 2023-2025 terhasil dari proses semakan semula pencapaian 43 sasaran USIM 2016 yang ditetapkan menerusi Pelan Strategik USIM 2016-2025. Pelan Strategik ini masih mengekalkan 7 Teras Utama yang menjadi tunjang kepada sasaran USIM untuk menjadi Pusat Rujukan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli di peringkat global pada tahun 2025. Secara keseluruhan, Pelan Strategik USIM 2023-2025 menggariskan 69 sasaran utama universiti yang merangkumi 35 sasaran hasil semakan semula Pelan Strategik USIM 2016-2025 dan 34 inisiatif baharu yang diperkenalkan pada tahun 2023. 69 sasaran ini juga disusun berdasarkan empat (4) fokus utama USIM 2023 -2025 iaitu Keterlihatan USIM, Kemampanan Kewangan, Komuniti USIM dan USIM Prihatin. Sasaran-sasaran ini disusun bagi memastikan USIM sentiasa berdaya saing dan terus cemerlang sebagai sebuah Universiti Islam yang ditubuhkan dalam ekosistem pendidikan tinggi awam negara dan berjaya mencapai visinya untuk menjadi sebuah “Institusi Pendidikan Tinggi Sains Islam Ulung”. Harapan saya agar Pelan Strategik USIM 2023-2025 ini menjadi panduan kepada semua Pusat Tanggugjawab di USIM dan sebagai rujukan untuk merangka strategi serta pelan tindakan yang bersesuaian bagi merealisasikan hasrat dan impian kita untuk melihat USIM berjaya di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. #Berilmu, Berdisiplin, dan Bertakwa #‘USIM Cemerlang, USIM Disayang’ #Mensyukuri Nikmat, Menelusuri Harapan Profesor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=