OFFSTONE JUNE EDITION 2024

8 berkaitan kepercayaan agama dan nilai-nilai agama hanya dibincangkan secara tertutup, maka akan sukar untuk kita tingkatkan kefahaman berkenaan agama. Justeru, komunikasi amat penting dalam memberikan pencerahan agar masyarakat memahami apakah perkara yang benar dan apakah perkara yang tidak benar, terutamanya apabila kita berada dalam dunia tanpa sempadan. Sensitiviti Agama di Malaysia dan Indonesia Sungguhpun Malaysia telah menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-66, masih banyak pihak dan individu yang bermain ‘kad’ agama untuk menyentuh sensitiviti agama sehingga akhirnya mencetuskan kontroversi dan merobek keharmonian sejagat. Apa yang lebih membimbangkan apabila isu tersebut menjadi perdebatan masyarakat awam dan komuniti dalam talian. Malangnya, perselisihan faham tentang agama boleh memuncak menjadi konflik, baik secara lisan mahupun fizikal. Ia boleh menyebabkan perhubungan sosial yang tegang, perpecahan dalam komuniti, dan juga keganasan dalam kes sensitiviti agama yang melampau. Di Malaysia, telah berlaku pelbagai kejadian yang menyentuh sensitiviti agama. Sebagai contoh, isu penjualan stokin oleh KK Super Mart yang tertera kalimah Allah telah berlaku di bulan Ramadan. Susulan isu ini, pelbagai pihak seperti ahli politik, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan masyarakat awam serta pengguna media sosial telah memberikan bermacam-macam reaksi. Tidak cukup dengan itu, media melaporkan terdapat tindakan terorisme seperti serangan bom dilancarkan di cawangan KK Super Mart menyebabkan kebakaran di pintu masuk. Dalam contoh yang lain, individu tempatan di Malaysia ditahan pihak berkuasa pada 2023 kerana disyaki memuatnaik isi kandungan di media sosial yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman dengan menyebarkan gambar ukiran tatu di anggota badan dengan kalimah Allah. Bertatu merupakan modifikasi yang dilakukan pada anggota badan yang dimasukkan dengan pigmentasi atau dakwat sama ada secara kekal atau sementara ke dalam lapisan dermis kulit. Hukum bertatu seperti mana dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-86 memutuskan bahawa hukuman haram bagi orang yang meminta dibuat tatu dan yang membuat tatu. Justeru, bagi mengelakkan salah guna media sosial yang boleh menjejaskan keharmonian serta mendatangkan konflik, fitnah, rasa benci kepada agama, tindakan tersebut disiasat di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Isu sensitiviti agama di Indonesia juga tidak pernah lekang. Contohnya isi kandungan digital yang tular berkaitan seorang pendeta yang didapati telah memperlekehkan agama Islam berkaitan zakat dan cara individu Muslim menunaikan solat. Isu berkenaan telah dilaporkan ke pihak berkuasa dan pendeta tersebut telah membuat permohonan maaf di

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=