OFFSTONE JUNE EDITION 2024
7 KOMUNIKASI DAN SENSITIVITI AGAMA : MALAYSIA DAN INDONESIA Oleh : Dr. Kartini Kamaruzzaman & Dr. Momy A. Hunowu kartinikamaruzzaman@usim.edu.my Penulis pertama adalah pensyarah kanan, program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau mendapat pendidikan doktor falsafah di University of Leicester, United Kingdom (UK) dan kajian beliau adalah berkaitan konflik siber, aktivisme digital serta Islam dan media baharu. ABSTRACT Communication is a crucial method for enhancing sensitivity and awareness about religious matters. Effectively conveying knowledge and information is essential to fostering understanding within the community. This article examines the concept of religious sensitivity, with a particular focus on Islamic principles governing communication and interpersonal interactions. Pengenalan Sensitiviti agama merujuk kepekaan, kesedaran, nilai hormat dan pertimbangan yang diberikan dalam aspek kepercayaan agama mahupun amalan dan adat resam individu dan masyarakat dalam sesebuah negara. Memahami sensitiviti agama adalah amat penting kerana agama memainkan peranan dalam membentuk kepercayaan, identiti, nilai dan tingkah laku individu. ‘Sensitif’ dalam aspek ‘sentiviti agama’ bukanlah bermaksud setiap individu mesti mudah berasa cepat marah dan beremosi. Tetapi, sensitiviti agama dalam konteks ini bermaksud setiap individu mesti memahami bahawa pendekatan dan perbincangan kepada agama perlu dilaksanakan dengan berhati-hati. Ini adalah kerana, sekiranya tidak diiringi dengan kepekaan, kesedaran dan rasa hormat, maka hilanglah pertimbangan untuk berfikir dan bertindak secara rasional yang akhirnya mewujudkan perselisihan faham, kemarahan dan pergaduhan dengan individu pelbagai latar belakang sosial dan agama. Komunikasi menjadi salah satu kaedah penting untuk meningkatkan kepekaan dan kesedaran dalam hal berkaitan sensitiviti agama. Untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat, sudah tentunya ilmu dan maklumat perlu disampaikan kerana sekiranya perihal
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=