OFFSTONE JUNE EDITION 2024
22 KOMUNIKASI DALAM BUDAYA MELAYU Oleh: Dr. Siti Suriani Othman suriani@usim.edu.my Penulis adalah pensyarah kanan, program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau mendapat pendidikan doktor falsafah di Nottingham Trent University, United Kingdom (UK), dalam jurusan bidang kewartawanan. Minat kajian beliau adalah kewartawanan cetak dan dalam talian di Malaysia. ABSTRACT Communication plays a vital role in human life, influenced by cultural norms, values, and practices. In Malay culture, communication emphasizes politeness and respect, including greetings and language usage. Concepts like 'berhemah', or tactfulness, guide interactions. Western cultures however may prioritize directness and honesty. Modern technology reshapes communication across cultures, fostering understanding and cultural exchange. Respecting and understanding others' cultures fosters effective cross-cultural communication and reduces conflict. Pengenalan Dalam dunia moden hari ini, kita memang tidak dapat lari daripada berkomunikasi. Biar apapun caranya komunikasi baik dengan mediasi komputer ataupun tidak, tetap memerlukan daya manusia untuk memastikan berlakunya komunikasi berkesan. Komunikasi berkesan, antara lain memerlukan kefahaman budaya, terutamanya untuk memahami komunikasi bukan verbal yang pastinya lebih rumit untuk difahami tanpa menghayati sesuatu budaya. Sulaman Komunikasi dan Budaya dalam Budaya Melayu Pentingnya budaya dalam komunikasi menjadi satu bentuk sulaman dalam sesebuah proses komunikasi berkesan. Budaya Melayu juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Setiap masyarakat mempunyai norma, nilai, dan amalan yang mempengaruhi gaya komunikasi. Dalam budaya Melayu, antara aspek komunikasi yang sering ditekankan ialah kehalusan dan penghormatan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=