OFFSTONE JUNE EDITION 2024

18 KOMUNIKASI DAN BUDAYA: MEMAHAMI HUBUNGAN YANG KOMPLEKS Oleh: Muhamad Zaki Mustafa, Dr. Muhammad Raqib Mohd Sofian & Dr. Safiyyah Ahmad Sabri zaki@usim.edu.my Penulis pertama ialah pensyarah Program Komunikasi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kepakaran beliau adalah dalam bidang perhubungan awam, komunikasi, dakwah dan media baharu. Setakat ini telah menghasilkan penerbitan termasuk buku akademik, bab dalam buku, prosiding dan artikel dalam jurnal berwasit/berimpak. ABSTRACT Communication and culture are interdependent, with culture shaping communication styles. Communication and culture are interdependent, with culture shaping communication styles. Intercultural communication requires sensitivity and adaptation to different cultural norms to avoid misunderstandings. Intercultural competence is crucial in the globalized era, requiring both self-awareness and an understanding of other cultures. Challenges such as language barriers and stereotypes must be overcome to achieve effective communication. Pendahuluan Komunikasi adalah alat penting yang digunakan manusia untuk berinteraksi, menyampaikan maklumat, dan membentuk hubungan sosial. Ia tidak hanya terhad kepada pertukaran kata- kata, tetapi juga merangkumi isyarat non-verbal seperti gerak tubuh, ekspresi wajah, dan nada suara. Namun, komunikasi tidak boleh dipisahkan dari konteks budaya di mana ia berlaku. Budaya mempengaruhi cara kita berkomunikasi dan memahami mesej yang disampaikan oleh orang lain. Artikel ini membincangkan bagaimana komunikasi dan budaya saling berkaitan dan mempengaruhi satu sama lain serta kepentingan memahami dinamika ini dalam konteks global.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=