OFFSTONE JUNE EDITION 2024
16 Faktor Melancong Ada banyak faktor yang mendorong seseorang untuk melancong. Salah satunya adalah daripada pemerhatian industri-lokasi menarik di media yang mempromosi tempat-tempat pelancongan. Wujud juga promosi pelancongan secara tidak langsung, hasil daripada tontonan rancangan televisyen, drama, filem mahupun daripada bahan bacaan. Promosi pelancongan secara tidak langsung ini, terutamanya melalui tayangan industri -lokasi menarik dalam drama dan industri turut menjadi satu industri kuat yang mendorong kepada aktiviti pelancongan. Contoh terdekat ialah industri pelancongan di Korea Selatan. Industri pelancongan di Korea Selatan telah berkembang dan menjadi salah satu destinasi yang paling kompetitif dalam kalangan negara-negara Asia. Salah satu industri kritkal yang menyebabkan perkembangan industri ini adalah kemunculan fenomena Hallyu, yang juga dikenali sebagai gelombang Korea. Hallyu atau tsunami budaya ini banyak mempengaruhi aspek kehidupan peminat budaya selepas Korea Selatan mula mengeksport drama bersiri ke negara-negara seperti Jepun, China, Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia pada 1990-an. Pengaruh K-Drama Pengaruh drama Korea (K-drama) yang ditayangkan di serata dunia ini adalah antara industri yang menaikkan industri pelancongan di Korea Selatan. Menurut pensyarah dari Universiti Malaya, dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara, Malaysia berkedudukan sebagai negara mempunyai pelancong-pelancong inbound yang kedua tertinggi di Korea Selatan, selepas Thailand. Ini, disebabkan oleh fenomena Hallyu di Malaysia menjadi begitu popular selepas TV3 menayangkan drama televisyen dari Korea Selatan yang bertajuk Winter Sonata . Drama ini menjadi titik mulanya penonton-penonton di Malaysia mengikuti siri-siri K- drama yang menurut mereka, K-drama memaparkan permandangan lanskap hijau yang cantik, kampung-kampung yang indah, dan destinasi yang menakjubkan dalam siri-siri yang ditayangkan membangkitkan keinginan untuk melawat industri-lokasi penggambaran drama bersiri tersebut serta berhasrat untuk menyelami budaya industri Korea Selatan. Melalui drama yang ditontonkan juga, kerap memberi khalayak kehidupan komuniti, tradisi, dan masakan tempatan Korea Selatan yang menarik minat penonton. Malah, daripada kisah-kisah dan hubungan yang menghangatkan hati dan suasana penonton melalui watak-watak, membangkitkan keterikatan emosi kepada bandar fiksyen tersebut dan seolah-olah satu undangan yang tidak dapat ditolak untuk ke Korea Selatan. Dengan memanfaatkan kelebihan destinasi pelancongan menerusi drama, ia berupaya menarik penonton untuk mengembara ke negara Korea Selatan. Dalam menerima kemasukan pelancong-pelancong dari serata dunia, Korea Selatan turut mengambilkira pelancong dari negara Islam yang menitikberatkan makanan halal. Oleh
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=