OFFSTONE JUNE EDITION 2024

15 INDUSTRI PELANCONGAN DAN PENGARUH K-DRAMA Oleh: Dr. Rosninawati Hussin & Muhammad Amiruddin Razeman ninahussin@usim.edu.my Penulis pertama ialah Rosninawati Hussin, merupakan seorang Pensyarah Kanan di Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM. Beliau merupakan pensyarah dalam bidang komunikasi massa dan antara kursus yang diajar ialah periklanan dan kursus- kursus berkaitan dengan bidang penyiaran. Beliau juga cenderung melibatkan diri dengan penyelidikan yang berkaitan komunikasi massa dan pengajian media. ABSTRACT This article aims to examine the cultural impact of K-drama on South Korea's tourism industry. Based on the findings of several academic studies, K-drama fans are motivated to travel to South Korea to experience firsthand the beauty and culture of the country, as portrayed in the K-dramas they follow. Pengenalan Pelancongan merupakan salah satu industri yang boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Dengan melancong, kita dapat meluaskan spektra dalam kehidupan dan mempelajari sesuatu daripada tempat, budaya, dan adat resam di destinasi yang dilawati seperti peribahasa Melayu, ‘Jauh perjalanan, luas permandangan’. Malah, dalam Islam, turut digalakkan kepada umat-Nya untuk mengembara yang dianggap satu ibadah. Galakan melancong ini dijelaskan secara umum dalam salah satu ayat dalam Surah al-Mulk yang membawa maksud: Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki Yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya). (Surah al-Mulk:15)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=