OFFSTONE JUNE EDITION 2024
13 Impaknya, masyarakat mudah terdedah kepada budaya yang mempunyai sudut pandang berat sebelah atau terperuk dalam minda yang sama. Budaya dan Agama Islam Budaya dan agama, seperti Islam, adalah saling berkait. Agama turut menjadi teras dalam pembentukan nilai budaya, norma dan amalan penganutnya. Sebagai contoh, ajaran Islam mempengaruhi konsep akhlak, struktur keluarga, dan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat Islam. Dalam agama Islam, amalan-amalan seperti menunaikan solat, berpuasa dan menunaikan ibadah haji bukan sahaja dilaksanakan bagi memenuhi kewajipan agama, tetapi ianya juga menyumbang kepada identiti budaya dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Muslim. Oleh yang demikian, agama, seperti agama Islam, sering menjadi penanda utama identiti bagi individu dan masyarakat. Ini adalah kerana amalan budaya seperti bahasa, cara pemakaian dan perayaan, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh ajaran dan amalan agama dan budaya. Disebabkan itu juga, agama Islam menyarankan penganutnya agar saling mengenali antara satu sama lain bagi membina jaringan kehidupan sosial yang sejahtera. Dalam Surah al-Hujurat, ayat 13, Allah berfirman maksudnya: “ Wahai manusia! Sesungguhnya, kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa”. Meskipun budaya dan agama mempunyai perkaitan, penting untuk kita menyedari bahawa kedua-duanya tidaklah mempunyai maksud yang sama. Agama Islam berpandukan kepada perintah yang telah diberikan oleh Allah seperti yang termaktub dalam al-Qur’an dan melalui tindakan dan perilaku Nabi Muhammad seperti yang disanadkan (rangkaian perawi) dalam hadis. Amalan budaya pula boleh berbeza secara meluas dalam kalangan negara dan komuniti majoriti Islam oleh kerana dipengaruhi oleh faktor seperti geografi, sejarah dan tradisi tempatan. Penutup Budaya mestilah diterapkan dengan pembelajaran dan pendidikan agar ianya tidak disalah ertikan atau disalahgunakan. Dengan adanya teknologi seperti infrastruktur internet, kita perlu manfaatkan agar kita dapat mempelajari budaya manusia di negara-negara lain seperti adat resam, bahasa, cara berinteraksi, dan persekitaran. Mempelajari tentang budaya dari pelbagai masyarakat dapat meluaskan pandangan dan pengetahuan kita di samping meningkatkan pemahaman silang budaya. Tambahan pula, apabila kita terdedah dengan budaya yang berebeza, ianya dapat membentuk perkembangan hubungan sosial dengan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=