OFFSTONE JUNE EDITION 2024

12 membolehkan kita mengenali dan memahami individu yang berbeza latar belakang sosial. Budaya juga berperanan sebagai tonggak yang memelihara tradisi dan warisan bangsa dan negara. Melalui budaya lah ilmu, adat resam dan ritual dapat diwariskan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Melalui proses ini juga, budaya dapat memupuk rasa kekitaan dan kebersamaan. Dalam masyarakat hari ini, budaya memainkan peranan yang penting dalam memupuk kesepaduan sosial. Ia dapat menyediakan asas kepada pembentukan perpaduan dan kerjasama yang diperlukan dalam kalangan komuniti. Budaya yang cemerlang dalam komuniti adalah budaya yang dapat menerapkan amalan dan norma dengan nilai-nilai murni yang dapat dikongsi bersama individu yang lain bagi mewujudkan semangat perpaduan dan kesefahaman dalam kalangan masyarakat yang berbeza latar belakang sosial, politik dan ekonomi. Budaya dan Media Baharu Dalam era teknologi media baharu, budaya semakin dibentuk dan disebarkan dengan ekspresi yang kreatif. Pelbagai kaedah boleh dilakukan apabila budaya disebarkan secara dalam talian. Antaranya dengan kaedah pembinaan isi kandungan digital berkaitan seni, sastera, muzik dan agama yang disebarkan melalui gambar, video, animasi dan audio. Menerusi platform media sosial, kita juga melihat bagaimana fenomena penggunaan meme mula menjadi kaedah untuk pengguna media sosial menyebarkan idea, tingkah laku atau gaya dalam sesebuah budaya yang berbentuk jenaka. Pendekatan ini dilihat diterima oleh kebanyakan pengguna media sosial yang akhirnya turut menyebarkan meme yang dikongsi oleh pengguna lain. Dengan teknologi media digital, sudah tentunya budaya dapat diekspresikan dengan cara yang berbeza dengan kreativiti dan inovasi manusia. Justeru, penggunaan media baharu juga mempengaruhi amalan budaya, tingkah laku, norma dan nilai masyarakat. Ia merangkumi cara individu berinteraksi dan menggunakan media digital dalam kehidupan seharian mereka. Ini adalah kerana media baharu menggalakkan penyertaan aktif, sumbangan maklumat dan penciptaan kandungan oleh pengguna. Ia juga memudahkan pelbagai perspektif dan jenis kandungan untuk diterima dan disebarkan. Walau bagaimanapun, ianya menggalakkan pencampuran maklumat dalam sesuatu platform dan memerlukan literasi digital, kefahaman dan pemikiran kritikal pengguna media digital untuk memahami dan membuat interpretasi maklumat yang tepat. Masyarakat digalakkan untuk banyak membaca dan menilai pengetahuan yang mereka perolehi dari sumber yang berbeza sama ada secara fizikal mahupun dalam talian. Tanpa kefahaman yang baik dan kebolehan untuk membuat interpretasi yang betul, masyarakat akan cenderung membuat Keputusan yang tidak tepat dan kurang rasional dalam berfikir secara kritis.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=