OFFSTONE JUNE EDITION 2024

11 Dr. Kartini Kamaruzzaman & Dr. Norsimaa Mustaffa kartinikamaruzzaman@usim.edu.my Penulis pertama adalah pensyarah kanan, program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau mendapat pendidikan doktor falsafah di University of Leicester, United Kingdom (UK) dan kajian beliau adalah berkaitan konflik siber, aktivisme digital serta Islam dan media baharu. ABSTRACT Culture plays a vital role in human life. Without culture, individuals may lose their sense of identity, the spirit of togetherness, and social cohesion. The absence of culture can result in significant challenges to personal identity, social cohesion, creativity, historical understanding, vitality, and social development. Therefore, this article explores culture and examines the relationship between culture and new media from an Islamic perspective. Pengenalan Budaya merupakan konsep yang boleh mempunyai makna yang luas. Budaya boleh merangkumi tingkah laku sosial, institusi atau organisasi dan norma yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Ianya juga boleh melibatkan pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, adat resam, keupayaan dan tabiat individu. Justeru, amat penting bagi kita untuk memahami maksud budaya agar ianya membolehkan kita memaknai kehidupan. Kebiasannya, seseorang individu memanifestasikan budaya melalui proses pembelajaran melibatkan aspek budaya dan dengan cara bersosial sama ada di peringkat lokal mahupun global. Budaya mempunyai peranan penting terutamanya dalam memberi signal tingkah laku sama ada ianya boleh diterima atau tidak dalam sesebuah masyarakat. Budaya berfungsi sebagai garis panduan dalam pelbagai aspek antaranya adalah tingkah laku, cara pemakaian, bahasa, sudut pandang dan kebiasaan yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Kepentingan Budaya Budaya merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia kerana ianya berupaya menjadi tonggak identiti individu dan masyarakat secara keseluruhannya. Identiti berperanan dalam membentuk jati diri, nilai, kepercayaan dan tingkah laku manusia. Bahkan ia

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=