OFFSTONE JUNE EDITION 2024

9 hadapan Majelis Ulama Indonesia. Dalam isu lain, seorang pengguna TikTok di Indonesia telah melakukan penghinaan terhadap agama Kristian semasa beliau mengadakan sesi siaran langsung di platform berkenaan. Dalam siaran tersebut, pengguna TikTok berkenaan telah berkongsi pendapatnya mengenai agama Kristian yang mana perkataan yang digunakan didapati telah menyinggung kepercayaan penganut agama Kristian. Kejadian- kejadian seperti ini amat memberi pengajaran di mana setiap individu tidak kira peranan sosial apa sekalipun, mestilah tidak memperlekehkan ajaran agama yang berbeza dan sentiasa berhati-hati dalam ucapan dan komunikasi kerana pada zaman teknologi, informasi mudah disebarkan dan diperoleh oleh individu-individu lain. Peranan Komunikasi dalam Sensitiviti Agama Komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi rumit apabila kita menghadapi halangan dalam berkomunikasi, terutamanya dalam aspek agama. Halangan berkomunikasi dalam konteks agama lebih mencabar sekiranya ia melibatkan masyarakat yang mempunyai kepercayaan agama dan latar belakang sosial yang berbeza. Halangan ini boleh menyebabkan komunikasi tidak berkesan dan mewujudkan salah faham yang membawa kepada konflik dan perpecahan. Terdapat pelbagai halangan komunikasi yang berkait dengan konteks agama. Sebagai contoh individu atau masyarakat yang mempunya kurang pengetahuan atau kefahaman agama boleh menyebabkan salah faham dan kesilapan dalam mentafsir dan menyampaikan maklumat. Selain itu, salah faham dalam komunikasi juga boleh wujud sekiranya terdapat halangan dalam aspek perbezaan budaya dan agama kerana setiap dari masyarakat mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang unik yang mana sekiranya tidak difahami akan menyebabkan individu lain tidak dapat menerima dan mencetuskan salah faham. Setiap individu perlu memainkan peranan dalam menghadapi isu berkaitan sensitiviti agama. Menurut al-Quran, komunikasi merupakan salah satu fitrah dan keperluan manusia. Allah berfirman dalam Surah Ar-Rahman ayat ke-empat yang bermaksud: “mengajarnya pandai berbicara”. Perkataan ‘al-Bayan’ disebutkan dalam ayat tersebut yang mana ia menjelaskan bahawa Allah mengajarkan dan memberi keupayaan kepada manusia untuk berkomunikasi dan sehingga manusia dapat membezakan keupayaan akal fikiran mereka dengan haiwan. Berkomunikasi membolehkan manusia untuk berkongsi ekspresi diri, berinteraksi dengan rangkaian sosial dan memupuk keperibadian ummah yang mahmudah. Walau bagaimanapun, dalam menghadapi sensitiviti agama, Islam mengajarkan umatnya agar menerapkan interaksi dan komunikasi yang dapat memberikan kebaikan dan bukan menurut hawa nafsu atau secara membuta tuli. Sebagai contoh, Islam amat menekankan prinsip kejujuran dalam menyampaikan mesej. Antara bentuk kejujuran dalam berkomunikasi adalah amanah dalam apa yang disampaikan kepada orang lain. Seperti mana

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=