Offstone JUNE 2023 EDITION

7 Tanggungjawab Media dan Pengguna Media Media mempunyai tanggungjawab yang kritikal dalam memberikan pelaporan yang tepat dan saksama. Media juga berperanan dalam mencipta kandungan pelaporan atau isi kandungan digital yang disebarkan di media sosial yang bukan disensasikan semata-mata. Malah, media juga perlu mendapatkan suara dan perspektif yang pelbagai sekiranya terdapat naratif yang dominan di dalam pelaporan. Ia boleh dilakukan dengan usaha mewujudkan pelaporan berita atau penulisan yang seimbang. Melalui kaedah ini, media bertindak sebagai agen yang proaktif bagi mengelakkan isu stereotaip atau pelaporan yang negatif yang akhirnya mengundang salah tanggapan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, saluran media perdana juga perlulah aktif mencari suara Muslim yang positif yang boleh diperolehi daripada pelbagai latar belakang sosial dan perspektif, termasuklah ulama, aktivis dan ketua komuniti Muslim untuk membantu memupuk pemahaman Islam yang komprehensif. Untuk bersama mengatasi isu tersebut, setiap pengguna media juga perlu memainkan peranan. Ia termasuklah peranan pengguna media sosial kerana mereka mempunyai ‘kuasa’ dalam menyampaikan suara kepada rangkaian sosial platform yang digunakan. Oleh yang demikian, setiap pengguna media sosial, khususnya Muslim, perlu mengambil peluang untuk melakukan tindakan proaktif dan secara kolektif bagi menyebarkan naratif balas terhadap stigma yang berlegar dalam saluran media. Kaedahnya adalah dengan menyebarkan naratif positif berkaitan Islam agar sentimen negatif tidak kekal dominan di mana-mana saluran yang ada. Mencipta isi kandungan digital berkaitan imej Islam yang positif dapat membuka ruang kepada orang ramai melihat sudut pandang lain terhadap Islam. Ia memupuk pengguna- pengguna media (khususnya media sosial) akan kepentingan literasi media dengan pendidikan dan kesedaran dalam mengikis stigma negatif terhadap imej Islam yang tercalar. Kepelbagaian maklumat dalam media sosial dapat memberikan ruang kepada pengguna lain untuk memilih informasi dengan membezakan maklumat-maklumat lain terutamanya sekiranya maklumat yang terdapat di media konvensional berbentuk berat sebelah. Justeru, ia menggalakan pengguna untuk membuka minda dan berfikir secara kritis.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=