Offstone JUNE 2023 EDITION
6 menjadi topik perbincangan dan sering digambarkan dengan pelbagai bentuk pandangan, sama ada media konvensional seperti televisyen dan radio mahupun media dalam talian seperti media sosial. Justeru, artikel ini membincangkan hubungan media dan Islam dan bagaimana media mampu mewujudkan persepsi, representasi, dan impak masyarakat terhadap Islam. Representasi Media dan Impak Terhadap Islam Media mempunyai pengaruh yang besar terhadap agama, termasuklah Islam. Walau pun media berupaya memberikan gambaran yang positif terhadap Islam, malangnya, di sesetengah negara, pengaruh media terhadap Islam tidak selalu positif. Dalam pelbagai keadaan, terutamanya apabila berlaku kes atau isu berkaitan ekstremisme dan terrorisme yang melibatkan individu muslim, saluran media memilih untuk mengekalkan laporan media yang mempunyai unsur stereotaip. Praktis atau amalan pelaporan media ini dilihat tidak tepat terutamanya apabila segelintir media melaporkan tindakan ekstrem atau ganas tersebut yang digeneralisasikan kepada seluruh umat Islam. Hal ini akhirnya menyuntik suasana salah faham, panik dan ketakutan dalam kalangan masyarakat. Di negara Barat, khususnya seperti di UK dan Amerika Syarikat (AS), Islam sering diberikan gambaran yang cukup negatif. Laporan media terhadap Islam sering dipengaruhi oleh ideologi, pandangan politik atau budaya persekitaran di negara tersebut. Kesannya Islam dan umat Islam sering dipandang dengan stigma negatif seperti Islam mundur, ganas atau menindas. Secara tidak langsung, ia berpotensi mewujudkan perasaan takut, benci dan prejudis terhadap Islam yang juga dikenali sebagai ‘ Islamophobia ’. Antara impak kritikal kesan media terhadap Islam adalah hasil pelaporan yang disampaikan sama ada menerusi media konvensional, laman web atau media sosial boleh mewujudkan pandangan yang sempit dan tidak benar tentang Islam dalam kalangan masyakarat. Kita mengambil iktibar melalui sejarah ketika berlakunya insiden serangan 11 September 2001 di AS. Serangan pengganas berani mati yang dilaporkan melibatkan militan ekstremis Muslim dan kemudian, insiden 7 Julai 2005 yang melibatkan pengebom berani mati yang menyerang rangkaian pengangkutan di London, UK. Rata-rata pelaporan media di kedua-dua negara tersebut dibentuk dengan tajuk dan naratif yang negatif terhadap agama Islam. Situasi ini mencetuskan pandangan serong terhadap majoriti Muslim yang tidak terlibat dengan kejadian tersebut dan akhirnya membina salah tanggapan dan fahaman terhadap Islam dan Muslim.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=