Offstone JUNE 2023 EDITION
40 Domino kejatuhan akhbar tradisional ini menyebabkan penurunan kualiti berita atau artikel berkaitan Islam. Banyak akhbar bahasa Melayu sebelum ini mempunyai rencana atau siri khas atau kolum yang membincangkan isu-isu agama, namun akibat kejatuhan tersebut, pembaca tidak mendapat akses yang sama kepada maklumat berkaitan agama. Komunikasi akhbar dengan pembacanya dalam aspek berkaitan Islam kian hilang dan merosot. Selain itu pendekatan kurangnya perhatian kepada isu-isu agama dalam kalangan media. Banyak media mungkin akan beralih kepada isu-isu lain yang dianggap lebih relevan atau popular. Justeru, isu-isu agama akan terpinggir atau kurang diberi perhatian. Suara Islam yang bersistematik dan berkualiti tinggi melalui dada-dada akhbar juga semakin berkurangan. Akibatnya amat buruk, apabila pembaca mula mengalihkan perhatian kepada media-media sosial yang kesahihan pengisian berkaitan Islam mudah dipertikaikan. Penutup Kejatuhan akhbar bahasa Melayu memberikan kesan yang signifikan kepada pemegang- pemegang taruh melibatkan aspek utama kehidupan iaitu ekonomi, sosial, agama Islam, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan politik. Lebih-lebih lagi empat akhbar ini adalah media arus perdana. Kerana itu kejatuhan yang membawa kepada kemerosotan pengaruh akhbar bahasa Melayu ini bakal membawa kerugian kepada negara seterusnya menjejaskan nasib bahasa Melayu pada masa hadapan. BIBLIOGRAFI Lowrey, W., & Shan, Z. (2016). Journalism’s fortune tellers: Constructing the future of news. Journalism. doi: 10.1177/1464884916670931 McChesney, W. R. (2016 ). Journalism is dead! Long live journalism?: Why democratic societies will need to subsidise future news production . Journal of Media Business Studies, doi: 10.1080/16522354.2016.1184919 Digital News Report. (2022). Diakses pada 1/4/2023 di https://reutersinstitute.politics.ox.ac.uk/digital-news-report/2022/malaysia Picard, G. R. (2003). The economics of the daily newspaper industry. Media Economics Theory and Practice, 18, New York DOI:10.4324/9781410609687 Pew Research Center. (2016). State of the News Media 2016. Diakses pada 20/3/2023 di https://bit.ly/3L2qa2S
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=