Offstone JUNE 2023 EDITION
38 DOMINO KEJATUHAN AKHBAR BAHASA MELAYU: KAJIAN KES BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA, KOSMO! DAN HARIAN METRO Oleh: Hairulazim Mahmud & Dr. Hizral Tazzif Hisham azim.b13@gmail.com & hizral@usim.edu.my Penulis pertama merupakan pengamal media dan komunikasi korporat dengan lebih 22 tahun pengalaman dalam industri media arus perdana, kerajaan dan agensi. Kepakaran adalah bidang kewartawanan, konsultasi dan strategi media serta komunikasi korporat. ABSTRACT The past decade has witnessed a notable decline in sales of Malay language newspapers in Malaysia, primarily due to the Internet's influence. The decline of Malay language newspapers has had extensive impacts on the economy, language usage, Islamic influence, social and political dynamics as well media employment. These effects are expected to persist as technological advancements continue. Pengenalan Data terkini yang diperoleh melalui Kajian Tahunan Institut Kajian Berita Digital Reuters 2022 memperjelaskan lagi fakta kejatuhan akhbar apabila berita dalam talian dan media sosial kekal sebagai sumber utama berita di Malaysia. Sedangkan media cetak terus menerus tidak mendapat kepercayaan pembaca sebagai sumber berita lagi apabila merudum daripada 45 peratus pada 2017 kepada 17 peratus 2022. Akhbar bahasa Melayu dan vernakular di Malaysia juga sebelum ini diketahui sebagai alat propaganda dan dikawal oleh parti-parti politik tertentu. Bagaimanapun, era digitalisasi kini kian menghakis pengaruh berkenaan dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=