Offstone JUNE 2023 EDITION

34 MEMAHAMI ASPEK PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM DI MALAYSIA Oleh: Muhamad Zaki Mustafa, Dr. Roslizawati Mohd Ramly, Dr. Eizan Azira Mat Sharif & Dr. Muhammad Raqib Mohd Sofian zaki@usim.edu.my , roslizawati@usim.edu.my, eizansharif@usim.edu.my & m.raqib@usim.edu.my Penulis pertama ialah pensyarah Program Komunikasi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kepakaran beliau adalah dalam bidang perhubungan awam, komunikasi, dakwah dan media baharu. Setakat ini telah menghasilkan penerbitan termasuk buku akademik, bab dalam buku, prosiding akademik dan artikel dalam jurnal berwasit/berimpak. ABSTRACT The issue of insulting Islam in Malaysia, especially on social media, still cannot be dealt with properly through the existing legal system. Until today there are still acts of insulting, and degrading the dignity of Islam in this country. Looking at the current situation, a preventive measure should be taken to deal with this issue. Therefore, we argue that the prevention approach needs to start from the aspect of education and preaching. Pengenalan Di Malaysia, isu penghinaan agama Islam adalah merupakan isu sensitif dan boleh menjejaskan perpaduan nasional. Tambahan pula, Islam merupakan agama Persekutuan dan dianuti oleh lebih daripada separuh populasi penduduk di negara ini. Justeru, perbuatan mencemarkan kesucian dan memperlekehkan agama Islam boleh menimbulkan kemarahan dan protes daripada umat Islam atau majoriti penduduk Malaysia. Ini dapat dilihat dengan merujuk kepada isu kalimah Allah, di mana beberapa siri protes telah dilakukan oleh umat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=