Offstone JUNE 2023 EDITION

32 mengeluarkan kenyataan bahawa pembikin filem harus diberi peluang untuk memaparkan karya-karya yang menyentuh isu realiti dan benar-benar berlaku dalam kalangan masyarakat. Malah, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan bahawa filem kontroversi Mentega Terbang telah mendatangkan keraguan dan syak dalam kalangan segelintir umat Islam disebabkan oleh tema-tema yang dibangkitkan dalam filem ini. Penutup Kesimpulannya, sebagai seorang Muslim yang memegang teguh dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sepatutnya pengarah tersebut serta individu yang terlibat dalam filem Mentega Terbang ini lebih berhati-hati dengan kandungan yang mereka hasilkan. Pengarahnya sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan penerbit filem itu tidak ada sebarang niat untuk mempersendakan atau memurtadkan umat Islam, namun tanpa mereka sedari sebenarnya, filem mereka ini telah mendatangkan impak yang besar buat agama Islam malah masyarakat pada masa kini. Sebagai contoh, penulis sebagai pensyarah dan pelajar jurusan Komunikasi telah mempelajari mengenai teori Kultivasi ( Cultivation theory ). Teori Kultivasi memberi tumpuan kepada kesan tontonan televisyen terhadap tingkah laku penonton televisyen dalam jangka masa yang panjang. Teori ini beranggapan bahawa manusia yang sentiasa menonton tayangan dengan masa yang lama akan mempunyai kefahaman tentang dunia sekeliling seperti yang dipaparkan di televisyen. Bukanlah penulis menyatakan apa yang ditayangkan di televisyen itu mampu mempengaruhi secara keseluruhannya terhadap khalayak, namun jika ia terus menerus dibiarkan dan dinormalisasikan oleh masyarakat, maka hal ini akan menyebabkan masyarakat mudah terpengaruh dengan apa yang disampaikan oleh sesebuah filem itu. Hal ini adalah sama dengan kekhuatiran yang ditimbulkan oleh Dr. Zulkifli yang menyatakan pemaparan babak-babak dalam filem ini sedikit sebanyak telah menimbulkan syak dalam kalangan orang Islam mengenai agama Islam itu sendiri. Oleh itu, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menghalang filem ini untuk terus ditayangkan di penstriman berbayar Viu itu adalah tindakan yang wajar demi menjaga kemaslahatan dan akidah orang awam. Selain itu, filem ini sewajarnya menjadi satu amaran dan wake up call yang jelas untuk pihak JAKIM dan juga sarjana-sarjana Islam khususnya di Malaysia untuk benar-benar melihat dan menghayati isu-isu akidah yang berlaku di sekeliling kita. Anjurkan lebih banyak forum dan seminar bagi menerangkan Islam yang sebenar dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul dari filem ini. Dari sudut yang berlainan, kita sepatutnya berterima kasih dengan pengarah filem ini kerana menimbulkan isu-isu akidah ini

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=