Offstone JUNE 2023 EDITION

31 di universiti penulis juga, sudah dua kali forum berkaitan filem ini diadakan dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dalam kalangan pelajar. Persoalannya, mengapakah filem ini dikatakan terlalu kontroversi? Bahagian seterusnya akan membincangkan secara ringkas mengenai kandungan filem tersebut. Kandungan filem Mentega Terbang Secara amnya, Mentega Terbang ini adalah sebuah karya yang mengetengahkan konsep kelahiran semula, kehidupan semula selepas kematian, masalah dalam isu pluralisme agama dan kebenaran mutlak. Kisah Mentega Terbang ini adalah mengenai Aisyah seorang pelajar sekolah menengah yang ingin mengetahui tentang apa yang akan berlaku pada selepas kematian. Terdapat pelbagai persoalan yang bermain di fikiran Aisyah iaitu mengenai kehidupan selepas mati, bagaimanakah keadaan syurga dan neraka dan sebagainya. Aisyah juga mempunyai seorang ibu yang menghidapi barah dan akhirnya meninggal dunia. Manakala ayahnya seorang yang liberal dari segi gaya pemikiran dan bersikap terbuka dengan apa sahaja persoalan. Bagi menjawab persoalan-persoalan yang sering bermain di mindanya, Aisyah mula mencari mengenai fahaman agama-agama lain seperti Kristian, Judaism dan Hindu. Pada penghujung filem Mentega Terbang ini, Aisyah seakan percaya kepada konsep kelahiran semula selepas melihat seekor rama-rama yang hinggap di batu nisan ibunya dan kelihatan tersenyum gembira. Selain itu, banyak babak yang berlaku ddalam filem Mentega Terbang ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam seperti Aisyah yang memegang anjing tanpa sebarang sebab munasabah, memakan pau yang berintikan babi, berdialog dengan ayahnya yang terbuka dalam isu murtad dan banyak lagi babak lain yang membincangkan mengenai murtad. Jika dihayati secara keseluruhannya, filem ini berani untuk membincangkan hal-hal taboo yang jarang sekali diketengahkan oleh pengarah filem lain sebelum ini. Filem ini juga banyak menyentuh hal-hal dalam agama Islam yang dilihat bertentangan dengan pandangan mazhab Imam Syafie dan diketahui umum di Malaysia, majoriti umat Islam mengamalkan mazhab Syafie dalam amalan seharian. Sebagai contoh yang jelas, mazhab Imam Syafie melarang memegang anjing secara sengaja tanpa tujuan yang munasabah. Perbuatan Aisyah dalam filem ini dilihat seolah-olah mencabar agama Islam atau cuba mempersendakan agama. Persoalannya, apakah motif pengarah di sebalik pemaparan babak-babak ini? Setakat ini tiada sebarang sebab diterangkan apa motif di sebalik pemaparan ini namun pengarah terbabit pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pengarah filem di Malaysia perlu diberi ruang dan kebebasan untuk berkarya. Malah, salah seorang pelakon, Arjun Thanaraju turut

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=