Offstone JUNE 2023 EDITION
30 MENTEGA TERBANG: ANTARA PROVOKASI DAN PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM Oleh: Dr. Muhammad Raqib Mohd Sofian, Muhamad Zaki Mustafa & Nurliyana Zafri m.raqib@usim.edu.my , zaki@usim.edu.my dan yanazafri213@gmail.com Penulis pertama ialah Pensyarah Kanan bagi Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Beliau mengajar subjek komunikasi dan kewartawanan bagi pelajar Sarjana Muda Komunikasi. Bidang kepakaran beliau adalah kewartawanan, komunikasi Islam dan media massa. ABSTRACT This article discusses the film "Mentega Terbang," which has created controversy among Malaysia's Muslim population. In addition to debating the appropriateness of the film's ban from being screened in Malaysia, the faith issues depicted in the film should serve as a warning and a reminder to Muslims, particularly Islamic scholars, to address and deal with faith issues that arise among Malay Muslims. Pengenalan Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pemaparan filem Mentega Terbang yang ditayangkan di laman penstriman berbayar, Viu yang dikatakan mempromosikan unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia malah menyentuh mengenai hal-hal yang berkaitan dengan akidah. Namun, ia hanya sempat ditayangkan di penstriman tersebut untuk seketika sebelum masyarakat mula menyedari mengenai “bahaya” filem tersebut. Filem arahan Khairi Anwar Jailani ini sebenarnya sudah pun ditayangkan di sekitar Kuala Lumpur secara tertutup pada 28 November 2021. Kecoh di seluruh negara apabila ramai dalam kalangan sarjana-sarjana Islam mula memberi komen mengenai filem ini. Malah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=