Offstone JUNE 2023 EDITION

28 buatan. Namun, sejauh manapun kita maju, peranan agama sebenarnya tidak pernah ketinggalan dalam memastikan manusia kekal berfungsi sebagai manusia. Agama jugalah yang membezakan antara manusia dan robot. Robot bekerja mengikut jumlah poduktiviti yang diprogramkan, manusia bekerja berlandaskan produktiviti, etika dan pegangan kepercayaan. Produk Media Dihasilkan Robot Hari ini tiada lagi rahsia bahawa keupayaan kepintaran buatan (AI) berupaya menghaslkan produk media dengan jauh lebih mudah dan cepat. Penulisan berita misalnya hari ini boleh dibuat oleh robot dengan kepantasan 10 kali lebih pantas daripada berita yang dihasilkan oleh wartawan manusia. Misalnya, penulisan berita untuk sukan Olimpik Brazil 2016 lagi sudah menggunakan AI yang dapat menghasilkan sehingga 450 berita sepanjang temasya sukan itu berlangsung. Malah, robot wartawan ini sangat prolifik kerana boleh menulis sehingga 58 artikel setiap hari untuk terbitan akhbar di China. Robot yang dikenali sebagai Xiaomingbot berkeupayaan menulis berita sepantas dua minit selepas berakhirnya satu-satu acara sukan di temasya itu dengan kepanjangan 100 ke 821 patah perkataan bagi setiap berita yang ditulis. Ketika sukan peringkat global itu berlangsung, akhbar Washington Post juga telah menggunakan robot wartawan AI untuk menulis berita yang dikenali sebagai Heliograf. Pasukan wartawan manusianya pula menghasilkan berita mendalam yang bersifat analisis. Begitu mudah sekali menghasilkan berita hari ini berbanding pada masa lepas! Maka tidak hairan, banyak organisasi besar yang mula cenderung menggunakan robot AI untuk penghasilan penulisan termasuk produk media mereka. Namun, penerimaan adalah berbeza-beza dari aspek etika pengamalan. Google misalnya memberi amaran kepada pekerjanya agar tidak menggunakan AI kerana risau isu kebocoran maklumat sulit organisasi tersebut kepada masyarakat umum secara tidak sengaja. Ada Apa dengan Agama dalam Media Maka, persoalan agama dalam media bukan hanya boleh disoal dari segi produk media tetapi juga pengamal media. Jelas sekali robot AI tiada persoalan berkaitan agama atau pegangan, malah hasil penulisan juga tidak disoal berkaitan itu. Itulah yang membezakan kehebatan manusia dengan robot, kita ada etika dan agama sebagai pegangan hidup yang menjanjikan panduan bagi setiap perlakuan dan pekerjaan yang dilakukan. Pekerja di Google yang tidak beretika berkebarangkalian boleh memasukkan maklumat sulit Google dan ditulis sebagai berita pula oleh robot AInya. Sungguhpun diulit kemodenan, keruntuhan kualiti produk dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=