Offstone JUNE 2023 EDITION
25 Seterusnya, umum mengetahui bahawa agama Islam mempunyai konsep pemahaman daripada lima mazhab yang berbeza; Ja’fari, Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali yang kesemuanya boleh diamalkan dalam Islam. Namun, wujudnya perbezaan amalan dalam kalangan pengikut mazhab dari negara yang berbeza yang mungkin boleh menyebabkan konflik dalam usaha menyebarkan dakwah melalui media sosial. Sebagai contoh, hukum membela anjing, amalan berdoa selepas solat, solat sunat dan sebagainya. Menurut Najidah Zakariya dan Abu Dardaa Mohamad, perkongsian tentang topik-topik sebegini memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dan boleh memberikan penjelasan yang baik tanpa perlu bertelagah atau menimbulkan konflik. Yang terakhir, media sosial telah dikenalpasti sebagai salah satu tempat bagi penyebaran kebencian, sindiran, makian dan merendah-rendahkan orang lain. Dalam hal ini, apabila media sosial dijadikan platform dakwah, biasanya akan ada sekumpulan netizen yang mungkin tidak berpuas hati atau sengaja menimbulkan kekecohan dengan menggunakan kata-kata sindiran dalam ruangan komen. Komen negatif sebegini kemudiannya akan berpanjangan apabila dibalas semula dengan komen negatif. Secara tidak langsung, pendakwah yang membuat hantaran tadi terdedah kepada serangan peribadi yang boleh mengganggu emosi diri malahan ahli keluarga yang mungkin turut terjejas. Situasi seperti ini boleh berlaku jika ia tidak dapat ditangani secara baik dan tidak dipantau. Disebabkan itu, kawalan kandungan sebenarnya perlu untuk memantau penggunaan media sosial ini dalam menjaga kemaslahatan kumpulan masyarakat yang dipanggil netizen. Pada masa yang sama, sifat prihatin dalam kalangan masyarakat juga perlu agar sama-sama bertanggungjawab untuk tidak menjadikan yang negatif sebagai budaya terutamanya dalam kalangan umat Islam. Sebaiknya, media sosial sebagai satu platform dakwah sepatutnya dijadikan satu peluang yang baik dan besar potensi untuk mencapai audiens dan bukan sebaliknya sebagaimana yang juga disebut dalam tulisan Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhamad dan Mohd Sani Ismail. Penutup Secara ringkasnya, berdakwah menurut perspektif Islam adalah satu tugas yang diamanahkan kepada setiap umat Islam dalam menyebarkan agama, mengajak kepada kebaikan dan menegakkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Adalah penting bagi para pendakwah dan individu untuk mempertimbangkan strategi komunikasi yang efektif dalam memastikan integriti pesanan dakwah dalam konteks media sosial. Pada masa yang sama netizen sebagai audiens perlu berhemah apabila menulis komen dengan menjaga tutur bahasa yang bersopan dan tidak mengandungi unsur-unsur provokasi, hasutan dan fitnah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=