Offstone JUNE 2023 EDITION
24 biasa yang selalunya disampaikan dalam bentuk cerita atau perkongsian petikan daripada hadis dan al-Quran. Dunia atas talian yang bersifat tidak bersempadan ini telah menyebabkan berlakunya beberapa insiden yang boleh disifatkan sebagai satu cabaran dalam menjalankan dakwah melalui platform tersebut. Kawalan Konten Dakwah di Platform Media Sosial Kemudahan teknologi media sosial hari ini membuka ruang dan peluang yang sangat besar dalam menyampaikan dakwah. Dalam agama Islam, berdakwah adalah satu tuntutan bagi semua penganutnya malah telah disebut dalam al-Quran; “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” (Surah An-Nahl, 16:125). Ayat tersebut menekankan pentingnya menyampaikan dakwah dengan bijaksana, menggunakan hikmah, perdebatan yang baik, dan dengan cara yang baik (pengulangan maksud yang sama). Namun, dengan menggunakan platform media sosial untuk berdakwah, adakalanya kandungan dakwah yang dikongsikan boleh disalaherti. Ini dipersetujui oleh Aminudin dalam tulisannya yang menjelaskan situasi ini boleh merujuk kepada audiens yang keliru atau penyampaian mesej dakwah yang tidak efisien seperti penggunaan ayat yang salah atau pemberian contoh yang kurang sesuai. Mudarat kepada salah erti ini boleh disifatkan sebagai sangat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan kepada amalan yang salah atau mungkin pertelagahan dalam kalangan umat Islam atau dengan masyarakat tempatan. Senario seperti ini juga boleh memudaratkan sebuah masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia yang boleh menyebabkan pepecahan atau pergaduhan. Selain itu, media sosial juga sering kali menjadi platform penyebaran informasi tidak tepat dan berita palsu atau bersifat penipuan atau hoaks. Maka, kecenderungan untuk berlakunya sikap tidak bertanggungjawab boleh terjadi dalam menyampaikan dakwah melalui platform tersebut. Sebagai contoh, laporan media menunjukkan ada kes atas tujuan berdakwah tetapi menggunakan contoh-contoh yang tidak tepat jelas menunjukkan pemahaman pendakwah sendiri tidak jelas tentang agama Islam sehingga dipanggil oleh Jabatan Agama untuk disiasat. Jika dilihat, situasi ini boleh menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan audiens terhadap pendakwah terutamanya yang belum dikenali. Secara tidak langsung, berkemungkinan kandungan dakwah dari platform media sosial akan distereotaip sebagai tidak benar dan tidak boleh dipercayai.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=