Offstone JUNE 2023 EDITION
23 CABARAN BERDAKWAH DALAM MEDIA SOSIAL Oleh : Dr. Safiyyah Ahmad Sabri, Prof. Madya Norhayati Rafida Abdul Rahim & Noor Adzrah Ramle safiyyah@usim.edu.my Penulis adalah Pensyarah Kanan, Program Komunikasi di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Pemegang PhD Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi MARA, penulis cenderung menulis dalam bidang kewartawanan, konflik kewartawanan dan Islam, berita palsu serta sekuriti siber. ABSTRACT The usage of social media as the platform for preaching Islam is not new today. However, the effects of inadequate limitations on this platform have proven to pose challenges in ensuring the audience to really understand the meaning of the preaching message or vice versa. Contents may be misinterpreted, the conveyed message might not be accurate, and it might create conflicts and hatred among audience. Pengenalan Berdakwah melalui platform media sosial sepatutnya menjadikan aktiviti tersebut lebih mudah dan capaian audiens yang besar disebabkan tiadanya batas masa dan lokasi dalam dunia tanpa sempadan ini. Dengan keterlibatan masyarakat dunia hari ini dalam media sosial, platform ini juga sudah mula dijadikan sebagai medium untuk berdakwah. Situasi ini dapat dilihat dari platform media-media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter yang sama ada disampaikan oleh pendakwah-pendakwah sehinggalah kepada individu biasa. Hantaran dibuat dalam pelbagai cara termasuk dalam bentuk video, podcast, mahupun teks
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=