Offstone JUNE 2023 EDITION
20 PEMAPARAN NILAI ISLAM DALAM KANDUNGAN HIBURAN DI MALAYSIA: SOROTON FILEM NUR KASIH THE MOVIE (2011) Oleh: Dr. Suria Hani A. Rahman & Prof. Dato’ Dr. Zulkiple Abd. Ghani suriahani@usim.edu.my & drzulkip@usim.edu.my Penulis pertama, Suria Hani A. Rahman merupakan Pensyarah Kanan di Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM. Bidang pengajaran dan penyelidikan beliau meliputi bidang media dan komunikasi yang mengkhusus kepada penyiaran seperti pengajian filem dan televisyen (produksi dan kandungan media) serta kajian yang mengetengahkan persilangan antara media, gender dan agama/budaya. ABSTRACT This article delves into the discussion about Islamic entertainment in Malaysian cinema. The narrative of film "Nur Kasih the Movie" has been analyzed to illustrate how Islamic values are transformed into entertainment content. The article posits that the portrayal of these values holds significant importance within the context of Islamic communication, encompassing social, religious, and cultural aspects. Pengenalan Perkembangan pesat teknologi media hari ini, khususnya yang menyaksikan pertembungan media penyiaran dengan teknologi komputer, internet dan media sosial, serta kesan 'pencemaran maklumat' kepada masyarakat Islam telah menyebabkan ramai cendekiawan Islam berfikir tentang keperluan untuk memperkasa nilai-nilai Islam dalam hiburan dan program media. Malaysia, sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan sedang bergerak ke arah menjadi sebuah negara maju, bertekad untuk
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=