Offstone JUNE 2023 EDITION

18 Pemasaran Diri dan Nilai-nilai Murni Mawardi Yunus dalam catatan blognya, mendefinisi pempengaruh sebagai individu yang memiliki jumlah pengikut yang besar di media sosial selalunya terdiri daripada artis mahupun selebriti. Manakala K.O.L pula, tidak semestinya terdiri daripada mereka yang telah popular kerana melibatkan golongan yang pakar atau dikenali dalam bidang tertentu. Selalunya, pandangan yang dikeluarkan oleh mereka sangat dipercayai kerana kefahaman mereka dalam bidang tertentu. Contoh pempengaruh/K.O.L ialah Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina, seorang penyanyi, penulis lagu, pereka fesyen, ahli perniagaan dan usahawan Malaysia. Mizz Nina melalui akaunnya di Instagram @officialmizznina mempunyai satu juta pengikut dan beliau telah menyiarkan sebanyak 5,643 kandungan. Mizz Nina turut melancarkan aplikasinya sendiri yang dinamakan Qalbyapp. Beliau cenderung melakukan pemasaran diri dengan bukan sahaja di media sosial tetapi juga aktif membuat rancangan bual bicara di luar dan menghadiri acara yang membantu dalam mempromosikan Qalbyapp. Dalam kes Mizz Nina, peranan beliau dalam media sosial sebagai pempengaruh/K.O.L dilihat sangat jelas. Beliau selalu berkongsi hantaran yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, sunah Nabi Muhammad SAW dan juga doa-doa ringkas. Selain itu, hantaran-hantarannya di media sosial berunsurkan ceramah tentang penghijrahannya serta cara untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan. Majoriti hantarannya mempunyai lebih daripada 100 ribu tontonan. Video yang paling banyak ditontonnya ialah 481 ribu tentang perkongsian sejarah hidupnya sebelum hijrah dan sekaligus mempromosikan buku terbarunya bertajuk " Light Upon Darkness ". Dalam kandungan ‘ podcast ’ bersama saluran Iman Plus di YouTube yang menampilkan Mizz Nina, berkisar kisah peribadinya apabila beliau memutuskan untuk meninggalkan dunia seni untuk mencari cahaya dan cinta untuk imannya. Kajian yang menggunakan analisis kandungan ini menunjukkan bahawa pempengaruh/K.O.L mengekspresikan diri mereka dan membangunkan identiti berjenama mereka di platform media sosial. Ia merupakan satu pendekatan realistik untuk mempengaruhi khalayak dengan gaya yang agak menonjol dalam usaha membangunkan identiti sendiri mahupun produk jenama mereka. Jelas penggunaan media sosial memberi kuasa kepada orang ramai untuk menampilkan diri mereka dengan cara yang sesuai dan memberi populariti kepada individu tersebut secara dalam talian. Malah dengan populariti tersebut, setiap hantaran mereka memberi impak yang besar kepada pengikutnya. Oleh itu, pada mereka yang sentiasa berkongsi hantaran-hantaran berunsurkan keagamaan atau berkaitan dengan nilai-nilai murni, pastinya kandungan tersebut meninggalkan kesan kepada khalayak mereka. Pernyataan ini turut disokong dalam kajian yang dijalankan oleh Khamis, Ang dan Weilling yang melihat pempengaruh mempunyai aura yang kuat dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=