Offstone JUNE 2023 EDITION

17 PENJENAMAAN PERIBADI: TREND TERKINI MEMPROMOSIKAN NILAI-NILAI ISLAM Oleh: Dr. Rosninawati Hussin & Noor Irsalina Noorasri ninahussin@usim.edu.my Penulis ialah Rosninawati Hussin, merupakan seorang Pensyarah Kanan di Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM. Beliau merupakan pensyarah dalam bidang komunikasi massa dan antara kursus yang diajar ialah periklanan dan kursus- kursus berkaitan dengan bidang penyiaran. Beliau juga cenderung melibatkan diri dengan penyelidikan yang berkaitan komunikasi massa dan pengajian media. ABSTRACT Being an Influencer or Key Opinion Leader (K.O.L.) is a trend that engages with the brand (itself) and the audience. They play an important role in spreading values in society and the nation. Influencers/K.O.L. have a variety of roles and responsibilities related to moral values, religious practices, Islamic marketing, and ethics. Pengenalan Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik Manel Khedher, pemasaran diri atau penjenamaan peribadi merupakan satu trend terkini yang melibatkan individu mencipta imej mereka melalui media sosial atas sebab-sebab yang tersendiri. Antara sebab yang relevan ialah untuk perniagaan, menjadi popular, mengajak ke arah sesuatu yang positif serta menyampaikan atau berkongsi ilmu-ilmu berkaitan keagamaan mahupun motivasi. Mereka yang berjaya di media sosial ini merupakan pempengaruh atau K.O.L ( Key opinion leader ).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=