Offstone JUNE 2023 EDITION
15 stories ) selama 60 saat, carian peta, iklan pembelian, akses mesej langsung ( direct message ) melalui komputer peribadi dan lain-lain ciri tambahan. Penggunaan Instagram dalam kalangan pendakwah Islam mungkin berbeza-beza bergantung pada pilihan individu, konteks budaya dan matlamat khusus pendakwah itu sendiri. Sesetengah pendakwah mungkin mengutamakan acara bersemuka, kuliah dan kaedah komunikasi tradisional, sementara yang lain mungkin menggunakan platform media sosial seperti Instagram sebagai cara untuk menambah usaha mereka atau mencapai demografi yang lebih muda. Corak Dakwah Pendakwah Popular Hari ini ramai pendakwah menggunakan pelbagai platform media secara serentak melalui siaran langsung mahupun rakaman. Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri mantan senator yang pernah menjawat jawatan di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan mantan mufti Wilayah Persekutuan, merupakan salah seorang pendakwah yang proaktif menggunakan media sosial untuk menyampaikan ilmu, aktiviti keagamaan dan kebajikan bersama masyarakat di dalam dan luar negara. Malah beliau sangat responsif dalam memberi maklum balas tentang hal-hal isu-isu agama dan sensiviti beragama. Sebagai seorang yang berpengaruh dalam konteks pentadbiran kerajaan, pendekatan inovatif melalui elemen infografik dan animasi di media sosial telah berjaya menarik ramai golongan muda khususnya di Malaysia. Tidak kurang juga pendakwah terkenal yang menggunakan IG untuk mengetengahkan peranan mereka sebagai aktivitis aktif dalam kalangan masyarakat seperti Ustaz Ebit Liew. Beliau sangat aktif merantau ke pelbagai rantau benua melaksanakan aktiviti dakwah dan misi kemanusiaan dengan pendekatan tersendiri, mendekati golongan miskin tegar yang terpinggir, gelandangan, belia yang hanyut dengan agenda dunia dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Rakaman video, strim langsung dan foto-foto aktiviti beliau yang dimuatnaik sering mengundang maklum balas positif yang menyokong pendekatan dakwah beliau. Namun, tidak kurang juga yang menyindir dan menfitnah. Visual IGTV Ustaz Ebit Liew juga pernah digunakan untuk menjawab pelbagai isu-isu kritikal terhadap beliau. Penutup Trend penggunaan IG dalam kalangan pendakwah jelas mendapat maklum balas yang positif dan berkesan dalam penyampaian mesej dakwah. Kelebihan dan kekurangan ciri-ciri Instagram itu sendiri telah memberi ruang yang mudah, pantas dan ringkas dalam penyampaian maklumat kepada khalayak yang ditujukan melalui pendekatan tanda pagar dan pengetagan geografi. Masih lebih banyak penerokaan penggunaan Instagram dalam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=