Offstone JUNE 2023 EDITION

14 impaknya merentas semua sektor ekonomi sesebuah negara dan masyarakat, termasuk golongan pendakwah dan ulama tersohor. Media Sosial dan Pendekatan Dakwah Menurut Siti Noor Amyah Khasbullah, Rusniyati Mahiaddin dan Sharliana Che Ani dalam penulisan mereka pada 2019, di Malaysia, penggunaan media baharu khususnya media sosial telah mentransformasi pendekatan dakwah dalam kalangan ramai pendakwah tempatan, khususnya dalam aspek bahan rujukan dan wadah pembelajaran secara dalam talian. Pendekatan dakwah melalui media baharu telah mencetuskan konsep dakwah elektronik dan tekno-daie. Laman berasaskan web termasuklah Facebook, WhatsApp, Instagram dan Pinterest antara yang paling mendapat perhatian dan majoriti khalayak didapati masih fanatik menggunakan Facebook. Terdapat ramai pendakwah terkenal Malaysia yang menggunakan media sosial khususnya Facebook dan Youtube seperti Ustaz Don Danial, Ustaz Kazim Elyas, Ustaz Azhar Idrus dan ramai lagi. Kajian yang dijalankan oleh Muzayyanah Yusliasih pada 2022 di Indonesia pula mendapati Youtube sangat popular digunakan oleh pendakwah terkenal di negara tersebut seperti Ustaz Abdul Somad, Ustaz Adi Hidayat, dan pendakwah-pendakwah lain di daerah dan bandar utama. Ciri-ciri Instagram Pengguna Instagram boleh berkongsi foto, video, cerita dan strim langsung, menjadikannya platform serba boleh untuk seseorang pendakwah menyampaikan mesej mereka secara visual dan interaktif. Mereka boleh berkongsi petikan inspirasi, motivasi, ayat al-Quran, renungan, khutbah dan kandungan pendidikan untuk melibatkan diri dengan pengikut mereka. Tambahan pula, ciri-ciri IG, seperti tanda pagar ( hashtag ) dan pengetagan geografi ( geotag ), boleh membantu pendakwah Islam mencapai komuniti tertentu dan khalayak sasaran yang berminat dengan ajaran Islam. Setiap kali tanda pagar ditujukan kepada individu, mesej disampaikan secara langsung kepada individu tersebut dan ia akan berlaku secara berterusan. Apabila pemilik Instagram menggunakan pengetagan geografi, mereka juga boleh bekerjasama dengan pempengaruh dan organisasi lain, malah mengembangkan jangkauan dan impak mereka tanpa sempadan. Terkini, Instagram telah meningkatkan kredibiliti aplikasinya dengan penambahan ciri- ciri baharu yang membolehkan pemilik menjadualkan mesej hantaran mereka, menggunakan pautan pelbagai di biografi, suapan ( feed ) tanpa iklan, penceritaan berasaskan video ( video

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=