Offstone JUNE 2023 EDITION

13 BERKESANKAH DAKWAH MELALUI INSTAGRAM? Oleh: Rosidayu Sabran rosidayu@usim.edu.my Penulis adalah seorang pensyarah dalam bidang penyiaran di Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Beliau terlibat dalam beberapa penyelidikan yang memfokuskan bidang penyiaran, pengurusan penyiaran dan organisasi media di Malaysia terutamanya dari sudut ekonomi politik. ABSTRACT The use of conventional media such as books, radio, and television as a vehicle for preaching has long been applied by preachers around the world regardless of religion. The existence of the internet and digital technology shows the transformation of the preaching approach which is not only limited to an expert or preacher who has background in religious knowledge. Today, everyone can communicate and preach easily through various media for free such as social media. This article focuses on the discussion related to the effectiveness of using Instagram by Muslim preachers. Pengenalan Ramai mengakui kelebihan penggunaan platform media baharu ini sebagai alat untuk menyampaikan ilmu. Memilih media sosial sebagai medium dan alat untuk berdakwah sudah boleh dilaksanakan oleh semua individu tanpa had masa dan negara. Setakat 2023, pengguna Instagram (IG) telah mencecah lebih daripada 2.35 bilion, menjadikan ia salah satu platform utama dalam kalangan pengguna media sosial. Justeru ia menjadi satu tarikan drastik yang tidak dapat dipinggirkan untuk mempromosi sesuatu aktiviti atau perkara yang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=