Offstone JUNE 2023 EDITION

11 Misalnya, Hikayat Serangga Bayu diubah kepada Hikayat Ahmad Muhammad dan Hikayat Marakarma kepada Hikayat Si Miskin. Namun, pada hari ini, mungkin satu persoalan yang harus diteliti ialah keselarian antara ketaatan seorang pemain industri kreatif dengan isi kandungan yang dibawanya. Jika dapat diselaraskan, maka tidak mustahil karya yang terhasil adalah hasil yang dinantikan, berimpak serta membawa berkat. Maksudnya, isi kandungan yang baik dan indah pastinya lebih afdal jika dihasilkan oleh mereka yang juga mempunyai ketaatan yang tinggi sebagaimana dia mempersembahkannya dalam karyanya. Banyak karya-karya berbentuk puisi misalnya memasukkan unsur-unsur ketinggian kedudukan agama dan Tuhan dalam karya mereka, mengajak pembaca mengenali Tuhan menerusi bahasa yang halus dan berkesan. Dalam konteks ini, mungkin boleh dikatakan secara umum bahawa berdasarkan ketelusan dalam perbincangan meja bulat dalam kalangan pengamal media serta pengamatan evolusi karya sastera dan isi kandungannya, pengamal industri kreatif dalam bidang sastera mungkin lebih selari dari segi ketaatan beragama dan penghasilan karyanya. Namun, kenyataan ini adalah bersifat pemerhatian dan masih tiada kajian empirikal dibuat khusus mengkaji hal ini. Penutup Jadi, untuk menjawab persoalan yang dibawa, jelaslah bahawa jawapannya tidak boleh digeneralisasikan kepada keseluruhan industri kreatif negara. Malah, persoalan ini perlu dijawab dengan lebih halus, dengan mengingati bahawa bidang industri kreatif adalah luas serta pengamal dan amalan individu yang terlibat adalah berbeza-beza darjahnya. Misalnya, mungkin seorang individu itu tidak tegar mengamalkan ajaran agama tetapi banyak menulis tentang sosial dari perspektif agama. Dalam pada itu, mungkin ada yang mengamalkan ajaran agama dengan patuh tetapi tidak terlihat ketaatannya itu dalam hasil kreatifnya. Ini bermaksud, pengimbangan antara perlakuan dan isi kandungan karya kreatif boleh dilakukan agar isi kandungan yang baik disampaikan oleh mereka yang juga baik, dan kita semua mempunyai harapan untuk berpesan-pesan dengan kebaikan dan kebenaran. BIBLIOGRAFI Dasar Industri Kreatif Negara, (2) DASAR INDUSTRI KREATIF NEGARA | Facebook Muhammad Soulhiey Zwxkwey, 2020. Pengaruh Islam dalam Sastera Melayu. Pengaruh Islam dalam karya-karya sastera Melayu • Wacana Zeckry Siti Suriani Othman, 2019. Mengimbangi tuntutan Islam dalam kerjaya kreatif (bharian.com.my )

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=