Offstone JUNE 2023 EDITION

10 Industri Kreatif Negara Jika dilihat daripada Dasar Industri Kreatif Negara, definisi industri kreatif dalam konteks Malaysia ialah "penggembelengan dan penghasilan kebolehan dan bakat individu atau berkumpulan berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi kepada negara dengan memberi penekanan kepada aspek karya dan hak cipta intelek selaras dengan budaya atau nilai-nilai murni kepelbagaian kaum di Malaysia" Ringkasnya, industri kreatif merujuk kepada seni untuk ekonomi yang menglibatkan individu-individu berbakat, pihak korporat dan seterusnya memberi implikasi kepada negara dari segi pendapatan dan imej negara. Ini boleh dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu: 1. Industri Kreatif Multimedia (penerbitan filem/TV, pengiklanan, senireka, animasi&kandungan digital. 2. Industri Kreatif Seni budaya (kraf, seni visual/muzik/persembahan/penulisan kreatif/ Fesyen dan tekstil. 3. Industri kreatif warisan budaya. Mungkin jika diteliti kategori dari segi skop industri kreatif dalam konteks Malaysia ini, penulis lebih terlibat dalam bidang penerbitan dan penulisan yang hari ini boleh dikategorikan dalam kandungan digital. Bidang industri kreatif yang luas ini mungkin belum dapat tergapai semuanya dari segi praktis dan pengalaman penulis yang terhad, tapi mari kita lihat beberapa hal berkaitan dengan industri kreatif dan bagaimana agama diletakkan dalam industri ini. Agama dalam Praktis Industri Kreatif Saya pernah menukilkan satu rencana dalam Berita Harian pada 3 Mei 2019 hasil daripada perbincangan meja bulat antara pemain-pemain industri kreatif di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dalam perbincangan bersemuka dan terbuka ini, antara isu yang dibangkitkan iaitu isu kedekatan agama dalam kalangan pengamal industri kreatif negara termasuklah pengamal media pada zaman 80-an dan 90-an, isu aurat dalam kalangan artis, ketaatan berpuasa dalam kalangan artis dalam bulan Ramadan dan pelbagai lagi. Hal ini diutarakan oleh beberapa pengamal media dalam perbincangan tersebut. Namun, jika boleh diskopkan perbincangan kepada kedudukan agama dalam penulisan-penulisan seperti karya sastera misalnya, tidak dinafikan agama diletakkan di tempat yang tinggi. Agama menjadi salah satu inspirasi penulisan bagi ramai penulis di Nusantara dan tidak terkecuali di Malaysia. Misalnya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu sendiri mengislamisasi unsur-unsur Hindu yang terdapat dalam karya sastera tempatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=