Offstone JUNE 2023 EDITION

9 DI MANAKAH KEDUDUKAN AGAMA DALAM INDUSTRI KREATIF? Oleh: Dr. Siti Suriani Othman suriani@usim.edu.my Penulis adalah pensyarah kanan, program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Beliau memegang ijazah doktor falsafah dalam bidang kewartawanan dari Nottingham Trent University, UK. Beliau mengkaji kewartawanan bercetak dan dalam talian dalam konteks Malaysia serta menulis 13 buku solo dalam bidang kewartawanan dan bidang penulisan kreatif selain buku-buku suntingan dan artikel dalam jurnal. ABSTRACT This discussion is about religion’s position in the Malaysian creative industry, I argue the need to balance the practical obedience of industry practitioners in the content of the work to produce works that have a good and high-quality message which can be used as a guide by consumers in their life. In the country's creative industry, there are practitioners who are not very religious, as acknowledged in a round table meeting organized in 2019, and at the same time we see that there are many works that also show religion as an important element of life and infers God's position in our life. Thus, this should be aligned . Pengenalan Persoalan yang dibawa ini harapnya tidak dinilai dengan konotasi yang negatif. Persoalan ini tidak bermaksud tiada tempat yang unggul bagi agama dalam industri kreatif negara. Bukan begitu. Persoalan ini boleh diteliti dengan lebih tepat menerusi lensa kritikal yang sebenarnya bertanyakan soalan kedudukan agama dari segi praktis dan psikologi kepentingan agama dan beragama dari perspektif yang luwes dan mencakupi.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=