Offstone JANUARY 2024 EDITION
8 TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN ( ARTIFICIAL INTELLIGENCE ) DALAM PENYELESAIAN MASLAHA BIDANG PERGIGIAN Oleh: Prof. Madya Dr. Azrul Hafiz bin Abdul Aziz afizz80@usim.edu.my Penulis merupakan pensyarah dan pakar dalam bidang pergigian ortodontik di Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau telah mencurahkan khidmat bakti selama 3 tahun di Kementerian Kesihatan Malaysia dan 15 tahun di USIM. Kepakaran beliau adalah dalam bidang pendakap gigi ( braces ), pendakap boleh buka ( removable appliances ) dan 3D printed retainers . ABSTRACT The dynamic use of artificial intelligence in dentistry will become one of the effective tools in future communication between patients and dentists. This new technology will further enhance the decision on treatment planning, process, and outcomes. The ability to be self-taught and make decisions in artificial intelligence will soon be an asset for dentistry. However, the use of AI should be in line with Islamic maqasid syariah. Pengenalan Pada masa kini, perkembangan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) menjadi pemangkin kepada kemajuan pesat di dalam bidang pergigian. Pelbagai proses rawatan yang kompleks dan seribu satu maslaha bidang pergigian dapat diuraikan dengan bantuan AI. Maslaha atau maslahah ( ﺔﺣﻠﺻﻣ ) merupakan satu konsep dalam perundangan syariah Islam yang menghalang atau membenarkan sesuatu perkara itu dilakukan bersandarkan kepentingan ummah. Secara asasnya, AI dapat mempelajari dan membuat keputusan yang baik apabila diberi maklumat-maklumat yang banyak tentang sesuatu perkara. Data ini digunakan sebagai asas kepada penentuan pembelajaran kendiri, penyelesaian masalah dan timbang rasa yang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=