Offstone JANUARY 2024 EDITION
6 Teknologi AI dalam bidang kewartawanan Teknologi AI digunakan untuk membantu mempercepatkan proses penghasilan produk media termasuk penghasilan sesebuah karya penulisan seperti berita dan menapis berita palsu. Peningkatan kadar penghasilan produk media berlaku apabila jurnalis dapat mengurangkan kerja-kerja renyah yang menggunakan banyak masa. Misalnya, dengan menggunakan teknologi Verbit automatic-speech-recognition (ASR) untuk menghasilkan kapsyen video, sari kata terjemahan dapat disiarkan terus semasa siaran langsung sedang ke udara. Ini membantu mengurangkan masa terbuang untuk menterjemah, serta dapat pula terjemahan dilakukan dengan begitu pantas dan hampir tepat. Selain itu, jurnalis juga boleh menggunakan teknologi AI dalam proses penghasilan media itu sendiri. Ini dikenali sebagai “kewartawanan automasi” yang membolehkan jurnalis mengumpul sendiri bahan dan data serta berkongsi berita dengan hanya menekan satu butang. Algoritma digunakan untuk menghasilkan berita dalam bentuk skala. Data berstruktur seperti keputusan perlawanan sukan dan data kewangan boleh digubah menjadi bentuk penulisan berita tanpa melibatkan langsung penglibatan manusia. Berita yang dihasilkan menerusi teknologi AI berupaya dihasilkan tanpa penglibatan manusia dan melalui proses analisis data dengan jumlah yang besar termasuk sumber berita, media sosial dan kandungan dalam talian yang lain untuk mengenalpasti pola dan paten sesuatu fenomena. Kemudian berita-berita ini diterbitkan dalam pelbagai platform yang lain. Kelebihan berita yang dihasilkan teknologi AI ialah pelaporan yang lebih tepat walaupun dihasilkan dengan cepat. Ini memberi kelebihan terutama dari segi membuat liputan berita bagi peristiwa-peristiwa yang tidak dapat diliput kerana kekurangan staf seperti wartawan untuk membuat liputan. Teknologi AI juga membantu menapis berita palsu. Misalnya, algorithma Google Search yang dikemaskini pada 2017 direka untuk menghentikan perkongsian berita palsu dan ucapan berunsur kebencian. Selain itu, Universiti Michigan juga menggunakan teknologi AI untuk mengesan 76 peratus berita palsu dalam satu-satu masa. Ini membuktikan sumbangan teknologi AI dalam bidang kewartawanan yang seharusnya kita ambil perhatian dan langkah agar tidak ketinggalan. Penutup Umumnya kita maklum bahawa penciptaan dan penguasaan sesuatu teknologi bakal membawa kesan baik dan buruk yang seharusnya kita usahakan agar membawa sumbangan positif yang lestari kepada masyarakat. Dalam menangani teknologi AI yang rata-rata tidak semua daripada kita positif terhadapnya, sekali lagi, kitalah juga yang menentukan bagaimana teknologi ini bakal membawa manfaat kepada manusia. Banyak teknologi dicipta untuk memudahkan manusia dan mempercepatkan sesuatu proses yang rumit, maka bendunglah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=