Offstone JANUARY 2024 EDITION
5 AI DAN SUMBANGANNYA DALAM BIDANG KEWARTAWANAN Oleh: Dr. Siti Suriani Othman suriani@usim.edu.my Penulis adalah pensyarah kanan, Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Beliau mendapat pendidikan doktor falsafah di Nottingham Trent University, United Kingdom (UK) dan minat kajian tertumpu kepada kewartawanan Malaysia. ABSTRACT AI technology is seen by many people as a creation that facilitates human life. We also see so many technological creations that utilize and AI is no exception. This article discusses the contribution of AI in journalism. Although not all of them have been practiced in Malaysia, this discussion is a guide to AI and its contribution to journalism at the international level. Contributions include speeding up the news generation process, increasing news stories' accuracy and identifying fake news. Pengenalan Hari ini dapat kita lihat populariti ChatGPT di Malaysia dalam banyak bidang termasuk akademik dan media. Dalam bidang akademik misalnya, ramai yang menagih ilmu baharu ini untuk menyokong dan mempercepat proses penulisan tesis akademik. Misalnya, penulisan sorotan literatur yang dibantu oleh ChatGPT akan lebih cepat dan lancar, maka akan lebih cepatlah selesai penulisan kajian seseorang pengkaji. ChatGPT menggunakan model pembelajaran mesin kompleks yang berupaya memproses bahasa dan membantu membentuk respond secara automatik dan menghasilkan teks seolah-olah dihasilkan oleh manusia. Ia juga menawarkan aplikasi lain termasuk terjemahan bahasa, rumusan dan penghasilan kandungan. Ini baru satu contoh perkembangan yang kita tidak mahu ketinggalan. Dalam bidang media pula, teknologi AI dilihat dapat membantu meningkatkan kredibiliti media sekurang-kurangnya dari aspek teknikal.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=