Offstone JANUARY 2024 EDITION

18 Budaya digital tersebut juga seakan mengubah amalan kebiasaan individu yang sering dilakukan secara fizikal, di mana pada masa kini, kita dapat melihat individu Muslim telah mengambil peluang untuk menyediakan pendidikan berkaitan agama Islam secara dalam talian, melaksanakan dakwah menerusi isi kandungan media sosial, membaca al-Quran menerusi aplikasi telefon pintar serta berinteraksi dan mewujudkan komuniti dalam talian. Umat Islam turut menghadapi pelbagai cabaran apabila menggunakan teknologi media digital. Cabaran tersebut amat berkait rapat dengan kepercayaan agama dan amalan harian termasuklah budaya mereka. Media digital tidak hanya berupaya bertindak sebagai platform yang membolehkan suara-suara yang ditindas untuk diangkat atau didengari, tetapi di sudut lain, umat Islam sering menghadapi cabaran yang besar seperti sering kali menjadi subjek stereotaip dalam media arus perdana mahupun platform dalam talian terutamanya di negara barat. Sehinggakan kita melihat seolah budaya melaporkan berita dengan imej Islam yang ganas atau ekstrem seperti dinormalisasikan. Ciri-ciri media digital yang membenarkan pengguna untuk terbuka memberikan pendapat juga membolehkan ekstremisme dan radikalisasi untuk berlaku. Sebagai contoh, kita dapat melihat Internet telah digunakan oleh kumpulan pelampau untuk menyebarkan ideologi radikal dan merekrut individu, yang akhirnya membawa kepada kebimbangan mengenai radikalisasi dalam talian. Malah, perpecahbelahan dalam kalangan masyarakat kerap kali berlaku melalui ucapan atau naratif berbentuk kebencian yang tersebar dalam platform media digital khususnya media sosial menjadi semakin sukar dibendung. Aktiviti seperti ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan pengguna tidak merasakan perkara tersebut menjadi kesalahan, tetapi seolah menjadi amalan dan kebiasaan, yang akhirnya berupaya menjadi budaya yang dibolehkan dalam talian. Selain itu, impak lain yang kita dapat lihat adalah ancaman pengguna media digital yang tidak beretika dapat menganggu gugat sensitiviti budaya dan hubungan global. Umat Islammudah terdedah dengan isi kandungan digital yang pelbagai dan bercampur-baur hanya kerana untuk mendapatkan pengikut yang ramai atau mendapatkan isi kandungan yang popular. Malah, umat Islam juga terpaksa mengharungi dilema dalam menghasilkan isi kandungan digital yang perlu mempunyai daya tarikan yang tinggi untuk menarik perhatian individu seperti budaya tular atau lagu-lagu yang popular di media sosial. Amalan ini juga memberi cabaran kepada umat Islam untuk merangka kandungan digital yang sejajar dengan kepercayaan dan ajaran Islam disamping mengatasi dilema tersebut. Penutup Kesimpulannya, hubungan antara budaya digital dan Islam menunjukkan impak yang kompleks di mana keduanya dipengaruhi oleh aspek positif dan negatif. Penggunaan media digital banyak mempengaruhi individu Muslim yang saling berkait dengan kepercayaan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=