Offstone JANUARY 2024 EDITION

16 BUDAYA MEDIA DIGITAL DAN AGAMA: MEMPENGARUHI ATAU DIPENGARUHI? Oleh: Dr. Kartini Kamaruzzaman dan Dr. Norsimaa Mustaffa kartinikamaruzzaman@usim.edu.my Penulis pertama adalah pensyarah kanan, program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau mendapat pendidikan doktor falsafah di University of Leicester, United Kingdom (UK) dan kajian beliau adalah berkaitan konflik siber, aktivisme digital serta Islam dan media baharu. ABSTRACT The relationship between digital culture and Islam shows a complex impact where both are influenced by positive and negative aspects. The use of digital media greatly affects Muslim individuals who are interconnected with their faith, including the way they communicate with each other, and interact with the wider global community. Thus, understanding such dynamics can enlighten us on how digital media could influence or be influenced by culture and/or religion. Pengenalan Budaya merupakan istilah yang kompleks kerana ia merangkumi aspek kepercayaan, nilai, adat, amalan, dan tingkah laku seseorang individu yang dikongsi bersama individu atau kumpulan manusia yang lain. Budaya juga dapat didefinisikan sebagai sistem yang dinamik dan berkeupayaan membentuk cara seseorang melihat dunia, berinteraksi antara satu sama lain, dan memahami apa yang berlaku dalam kehidupan harian mereka. Budaya merupakan aspek asas identiti manusia dan organisasi sosial. Ini termasuklah hubungan budaya dengan agama dan persekitaran dalam talian seperti penggunaan alat digital untuk menyampaikan dakwah atau mempelajari ilmu agama. Budaya Media Digital dan Agama

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=