Offstone JANUARY 2024 EDITION

14 Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah membendung penularan jangkitan pandemik COVID-19. Pendekatan itu dilaksanakan dalam empat fasa dengan kelonggaran tertentu sebagai strategi keluar atau ‘exit strategy’ secara perlahan sebelum semua aktiviti perniagaan, ekonomi, pekerjaan dan pelbagai lagi dibenar dibuka semula sepenuhnya apabila keadaan kembali reda. Ketika itu, kerajaan pada masa yang sama perlu meyakinkan penggiat industri untuk mengubah cara perniagaan bersifat fizikal kepada perniagaan secara dalam talian, terutama dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan meyakinkan orang ramai bahawa percutian mereka dijamin selamat berdasarkan pelaksanaan pematuhan SOP yang ketat seperti yang ditetapkan. Semua ini perlu diambilkira oleh pihak kerajaan dan pihak penggiat industri kerana berdasarkan kajian UNWTO, aktiviti pelancongan domestik mampu mengekalkan perkhidmatan dan pekerjaan serta menampung kerugian akibat ketiadaan perbelanjaan daripada pelancong antarabangsa (Tourism Malaysia, 2020). UNWTO percaya bahawa pulangan lebih cepat daripada aktiviti pelancongan domestik mampu dijana ketika berlakunya krisis berbanding pelancongan antarabangsa (2013, UNWTO). Oleh itu, kerajaan Malaysia menyaran agar kedua-dua penggiat industri dan rakyat negara ini berganding bahu menyelamatkan ekonomi negara bagi memulihkan segera impak sosial dan ekonomi akibat COVID-19. Penggiat industri yang pada awalnya tidak begitu yakin dengan transformasi digital dalam meneruskan kegiatan pelancongan untuk terus menjana pendapatan, akhirnya bersetuju untuk mengubah cara lama dan dilihat semakin kreatif demi memastikan ekonomi syarikat mereka kekal mampan dalam keadaan serba mencabar pada masa itu. Perubahan itu walaupun bergerak perlahan, namun, ketika industri pelancongan mulai dibuka secara keseluruhan sehinggalah Malaysia dalam fasa pandemik, kita dapat menyaksikan trend penggunaan platform digital adalah 50-50. Di sini, agensi pelancongan memulakan transformasi dengan menggabungkan platform tradisional dan digital dalam mempromosikan perkhidmatan mereka. Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyatakan bahawa masih banyak peniaga dan syarikat yang tidak yakin dengan promosi menggunakan teknologi digital kerana kurangnya pendedahan mengenai cara menambahbaik perniagaan mereka. (mstar.com 2020). Sebab itulah, kajian seumpama ini boleh menjadi bukti bahawa transformasi digital dalam norma baharu menjadi jalan terbaik untuk memulihkan semula perniagaan mereka yang terjejas ketika dilanda wabak berkenaan. Perkara yang sama juga diakui oleh Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis bahawa penggunaan platform digital mampu menyerlahkan keunikan produk dalam negara bagi menarik perhatian pelancong antarabangsa. Meskipun pada ketika pergerakan adalah terbatas, sekurang- kurangnya promosi digital yang digunakan ketika itu, membolehkan pelancong dari negara

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=