Offstone JANUARY 2024 EDITION
13 dan mengubah tumpuan kepada industri pelancongan domestik sebagai langkah segera, bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi dalam keterbatasan pergerakan. Tindakan itu juga dibuat selepas mengambilkira data daripada statistik pelancongan domestik 2018, di mana seramai 78.2 juta pelancong domestik dengan perbelanjaan sebanyak RM60.4 bilion telah direkodkan di negara ini. Malah, berdasarkan sumber daripada Bahagian Dasar Pelancongan MOTAC, Malaysia beberapa tahun yang lalu turut menganggarkan, statistik bagi 2019 akan meningkat kepada seramai lebih daripada 83 juta pelancong domestik dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM67.0 bilion. Pelawat harian domestik turut memberikan sumbangan yang besar kepada segmen pelancongan domestik dengan anggaran perbelanjaan melebihi RM30 bilion. Dalam hal ini, Kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bukan sahaja perlu mengambil langkah segera memikirkan cara untuk menggalak dan meyakinkan rakyatnya untuk menyokong pelancongan domestik, tetapi pada masa yang sama perlu memikirkan strategi untuk memastikan aktiviti pelancongan, dilaksanakan dengan selamat dan tidak mencetuskan penularan wabak COVID-19 di negara ini. Maqasid Syariah dan Transformasi Digital Sektor Pelancongan Lima prinsip Maqasid Syariah yang digariskan termasuklah menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta. Dalam hal ini, tindakan transformasi digital ini dilihat bertepatan dengan maqasid syariah yang mana nyawa perlu dijaga, selain fikiran, keturunan dan harta. Transformasi ini perlu dilakukan bagi merangsang sektor pelancongan agar kembali pulih seperti sebelum COVID-19 yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada pekerja yang terbabit dalam industri terutama bagi golongan yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik. Secara khususnya, memelihara nyawa ( hifz an-nafs ) bermaksud memelihara maruah, persaudaraan dan kesaksamaan sosial, keadilan, keselamatan hidup, harta dan maruah, pemerintahan yang baik, mengurangkan kadar kemiskinan dan memenuhi keperluan pekerjaan, pengagihan saksama pendapatan dan kekayaan, perkahwinan dan kehidupan keluarga yang stabil, perpaduan sosial dan pengurangan jumlah jenayah serta keamanan dan kestabilan. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan menghadapi kemusnahan, manakala ketenteraman dan keamanan pula akan hilang. Ini bermakna menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan nyawa dan sumber perekonomian rakyat dijaga terutama selepas pandemik dan dapat sama-sama merancakkan kembali sektor pelancongan agar industri ini berkembang maju seperti sebelum era pandemik malah mungkin lebih lagi. Transformasi Digital bagi Memperkasa Pelancongan Domestik Malaysia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=