Offstone JANUARY 2024 EDITION
12 Nation World Tourism Organization (UNWTO), sebuah agensi bernaung menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjadi rujukan seluruh negara dunia dalam isu- isu melibatkan pelancongan menyatakan kebimbangan terhadap arah aliran merudum industri pelancongan, kerana jutaan yang kehilangan pekerjaan. Justeru, UNWTO dalam laporan pertama bertarikh 17 April 2020 (Covid19 Response: 96% of Global Destinations Impose Travel Restrictions) sebaik sahaja mendapati tindakan serta merta kebanyakan negara dunia menyekat pergerakan 10 perjalanan, mengeluarkan nasihat, agar negara-negara berkenaan, menilai serta mempertimbangkan semula keputusan itu, dan memberi kelonggaran sebaik sahaja keadaan kembali reda. Seminggu selepas itu, laporan kedua UNWTO bertarikh 28 April 2020 dikeluarkan dengan sekali lagi menekankan impak kehilangan pekerjaan dan risiko kesejahteraan sumber pendapatan dan menyatakan komitmen untuk menyokong apa jua keputusan negara-negara di dunia demi keselamatan dan kesihatan manusia sejagat. Bagaimanapun, laporan itu pada masa yang sama, mengesyorkan negara dunia, memikirkan juga strategi keluar atau ‘exit strategy’ agar destinasi-destinasi pelancongan diberi kelonggaran atau membuka sekatan perjalanan sebaik sahaja keadaan sudah kembali selamat. Ini adalah untuk memulihkan semula bukan sahaja industri pelancongan tetapi menyelamatkan pekerja yang terlibat dalam rantaian sektor ini. UNWTO melaporkan bahawa krisis terburuk yang berlaku menyebabkan industri pelancongan dunia mengalami penurunan mendadak dengan ketibaan pelancong antarabangsa sebanyak 74%, manakala pasaran Asia Pasifik pula menyaksikan penyusutan sebanyak 84%. Penutupan sempadan antarabangsa turut memberi kesan kepada jumlah ketibaan pelancong antarabangsa yang menjunam sebanyak 83.4 % pada 2020 dengan catatan rekod sebanyak 4,332,722 daripada jumlah 26,100,784 pelancong pada 2019. Malaysia mengalami kerugian akibat kehilangan perbelanjaan pelancong yang dianggarkan sebanyak RM135 bilion pada 2020. Dengan pelaksanaan PKP3.0, anggaran kerugian meningkat kepada RM165 bilion bagi 2021. Lebih menyedihkan, penggiat industri pelancongan seperti pengusaha hotel, agensi pelancongan dan pengangkutan pelancongan, resorts, taman tema dan pelbagai lagi, terpaksa mengambil keputusan menghentikan pekerja mereka kerana ketiadaan 11 penjanaan pendapatan ditambah pula dengan kos perbelanjaan operasi syarikat yang membebankan tanpa kemasukan aliran tunai. Dapatan Akaun Satelit Pelancongan 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan bahawa lebih 100,000 individu dalam sektor pelancongan hilang pekerjaan sepanjang sekatan pergerakan bagi membendung penularan Covid-19 dilaksanakan. Sebagai sebuah negara yang menjadikan UNWTO rujukan dalam merangka hala tuju industri pelancongan, Malaysia terpaksa mengambil tindakan yang sama dengan negara luar yang lain dengan menutup sempadannya
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=