Offstone JANUARY 2024 EDITION

11 TRANSFORMASI DIGITAL DAN NORMA BAHARU DALAM MEMBANTU PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN DOMESTIK DI MALAYSIA Oleh: Syeliza Basri, Dr. Hizral Tazzif Hisham dan Prof. Madya Dr. Roslee Ahmad hizral@usim.edu.my Penulis adalah bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Hajah Nancy Shukri. Beliau berpengalaman luas dalam industri media dan pernah berkhidmat dengan Bernama dan Bernama Radio. ABSTRACT This article examines the effectiveness of digital transformation and new norms for tourism and culture industry activists when facing the challenge of spreading the COVID-19 pandemic. This study applies a theoretical framework using the Technology Acceptance Model (TAM) involving 206 respondents from domestic tourism industry activists throughout Malaysia. Respondents from various backgrounds and countries were asked to complete questionnaires, descriptive analysis forms, and trustworthiness analyses to examine whether digital transformation will help them promote the tourism business after COVID-19. Pengenalan Krisis pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada awal 2020 telah memberi kesan buruk kepada seluruh industri dalam sesebuah negara berikutan langkah serta merta penutupan sempadan yang diambil, demi melindungi negara dan rakyat daripada penularan pandemik berkenaan. Ini menyebabkan rantaian ekonomi seluruh negara dunia terjejas teruk. Industri pelancongan yang merupakan antara penyumbang utama pertumbuhan ekonomi negara merupakan yang paling terkesan kerana sumber penjanaan pendapatannya yang melibatkan mobiliti manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain, terhenti serta merta. Bagaikan lumpuh tiada pergerakan, senario yang tidak pernah dijangka ini, merupakan pengalaman pertama seluruh dunia, yang seakan tidak bersedia dan hilang arah serta buntu dalam tindakan, untuk membantu semua pihak dalam mendepani cabaran hebat ini. United

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=