Offstone JANUARY 2024 EDITION

9 paling tepat bagi sesuatu perkara. Namun begitu, pengunaan AI haruslah mengikut syariat dan seiring dengan nilai-nilai ajaran islam. AI telah dikenalpasti sebagai salah satu batu loncatan dalam strategi Revolusi Perindustri ke empat (Industri 4.0). Perkara ini dirancang agar dapat menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang berteknologi tinggi ( high-tech nation ) menjelang 2030 sebagai mana digariskan dalam kerangka Malaysia National Artificial Inteligent Roadmap 2021-2025. Bidang Pergigian Dalam bidang pergigian, AI telah dikenalpasti berpotensi sebagai penghubung diantara pengamal pergigian (doktor gigi, pakar pergigian, juruteknik pergigian, jururawat pergigian dan pembantu pembedahan pergigian), pesakit serta pemegang taruh dalam industri ini. Antara kegunaan AI sebagai wadah komunikasi adalah seperti diagnosis, rancangan rawatan dan ramalan hasil rawatan seperti dijelaskan oleh satu artikel dalam Frontiers in Dental Medicine . Menurut artikle tersebut, AI dihujahkan sebagai boleh digunakan dalam pelbagai bidang pergigian seperti restoratif, endodontik, ortodontik, dan pembedahan malsilofasial. Dalam bidang pergigian restoratif, AI boleh digunakan untuk mengesan dan mengenalpasti gigi berkaries (gigi yang berlubang) dan pemilihan tona warna ( shade ) tampalan gigi. Gigi yang mempunyai karies yang kecil dapat dikesan melalui bantuan AI dan rawatan bersesuaian dapat diberikan. AI juga dapat membantu menentukan warna yang paling sama dengan warna gigi. Tampalan gigi yang mempunyai tona warna yang sama dengan gigi akan memberikan hasil estetika yang sangat baik. Pakar pergigian endodontik (rawatan akar gigi) boleh mengunakan AI bagi membantu dalam rawatan lesi apikal (keadaan akar gigi yang tidak normal) dengan mengesan sebarang saluran tambahan akar gigi yang mungkin tidak boleh dikesan dengan mata kasar. Ini seterusnya akan menghasilkan rawatan akar gigi yang lebih sempurna. Selain itu, AI juga dapat digunakan untuk meramal perubahan pada muka sebelum dan selepas rawatan ortodontik (rawatan braces ). Melalui ubahan imej pada gambar pesakit, ramalan perubahan gigi dan muka pesakit dapat dilakukan. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit bayangan mengenai rawatan ortodontik yang akan dilakukan. Gambaran hasil rawatan ini amat diperlukan agar pembaziran kos rawatan yang tidak perlu dapat dielakkan. Ini selaras dengan maqasid syariah yang memelihara harta (hifz al-mal). Melalui pengunaan AI juga, pakar bedah mulut akan dapat mengesan kehadiran kanser atau sebarang ketumbuhan melalui imej radiografi muka yang diambil. Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu pakar untuk memberikan rawatan yang awal dan seterusnya

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=