OFFSTONE JAN EDITION 2023
7 Cabaran Menangani Ancaman Ekstremisme di Media Sosial Kehebatan dan pengaruh Internet ini diperkasakan lagi dengan kebolehan dan kekuatan jentera siber media baharu mendahului media konvensional iaitu media cetak (akhbar, majalah, buku) dan media elektronik (radio, televisyen dan filem). Media baharu ini melalui pelbagai jaringan aplikasi dilihat bersifat serba boleh seperti penyiaran personal yang dapat menyebarkan naskhah gambar atau grafik, filem, radio dan televisyen secara berulang-ulang tanpa mempunyai halangan daripada aspek waktu, tempat, sasaran termasuk ideologi, dan dasar yang menjadi ciri dalam dan tanggungjawab gerakan media tradisi. Media baharu ini menjadi pilihan berinteraksi dan berkomunikasi. Pihak Barat sendiri mengakui melalui media sosial memperlihatkan keupayaan kumpulan pelampau agama menarik pengikut seluruh dunia menjadi ahli. Kajian daripada analisis kandungan dalam akhbar The Star mendapati, kandungan media sosial sebahagian kumpulan ekstremis seperti Daesh terdiri daripada (1) video bertajuk: Flames of War: The Figthing Has Just Begun (durasi selama 55 minit) dengan terjemahan pelbagai bahasa yang menunjukkan keupayaan 30 orang ahli Daesh menawan Divisyen ke- 17 tentera Syria seramai 800 orang, (2) video yang menunjukkan kejayaan ahli Daesh mengalahkan musuh, (3) media sosial dengan nama Al-Hayat Media Centre, Dabiq dan Al- Rumiyyah yang mana media ini agak canggih dan bersifat interaktif yang berjaya menarik minat ahli seluruh dunia, (4) video khusus dalam bahasa Melayu untuk penonton di Asia Tenggara yang mengugut pihak berkuasa seperti polis dan tentera dan menyeru masyarakat Islam untuk menyokong dan menjadi ahli yang kemudiannya bersetuju dengan memberi baiah kepada Daesh. Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) telah memantau 1000 akaun Facebook yang menyebar ideologi dan melatih ahli baru Daesh. Sejak 2013, sebanyak 100 akaun Twitter dan 50 laman sesawang dan blog sedang dipantau oleh KDN. Seramai 177 orang telah ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau dikenali sebagai SOSMA. Di Malaysia, laporan telah dibuat tentang beberapa kes aktiviti ekstremisme yang dilakukan oleh beberapa kumpulan pelampau melalui media sosial yang kesemuanya membabitkan golongan pelajar dan golongan belia. Oleh itu, pihak berwajib perlu menangani isu penggunaan media sosial oleh pihak ekstremis dalam merekrut ahli dan menyebarkan propaganda mereka, dengan menggunakan medium yang sama bagi mengekang penularan ancaman ekstremisme agama dalam kalangan masyarakat. Kesimpulan Jelas sekali isu ekstremisme melalui media baharu merupakan satu jenayah siber alaf baharu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=