OFFSTONE JAN EDITION 2023
6 dalam dunia digital tanpa sempadan, penggunaan Internet terutamanya media sosial dilihat sebagai faktor paling signifikan dalam penyebaran ekstremisme hari ini. Ekstemisme dan Jenayah Siber Alaf Baharu Definisi penggunaan media sosial dalam menyebarkan sesuatu maklumat atau informasi, perlu juga dilihat daripada aspek teori media sosial itu sendiri. Hal ini ada dibincangkan oleh sarjana dalam konteks naratif penjenamaan yang boleh diakses oleh orang ramai. Laman sesawang atau blog yang membolehkan mesej dilihat secara terbuka di seluruh platform dan tersebar melalui maklum balas pengguna yang menekan butang suka dan kongsi ulang (seperti tweet semula dalam aplikasi Twitter) adalah sangat sesuai untuk memperlihatkan penjenamaan dan mesej peribadi. Gaya pesanan yang agak terhad dan pendek, ditambah dengan pengkategorian tema yang mudah melalui hashtag (#), memungkinkan penyampaian kepentingan budaya, sosial, dan politik secara konsisten dan dapat dilihat. Definisi ini memberikan gambaran jelas bahawa media sosial mampu menjadi platform baharu kepada sebarang penyebaran ideologi ekstrem dan ini dilihat sebagai salah satu jenayah alam siber masa kini. Che Mohd. Aziz et. al (2019) mendedahkan bahawa salah satu faktor kejayaan kumpulan pengganas Daesh adalah sokongan yang diperoleh melalui media sosial. Kajian lain juga mengesahkan bahawa media sosial digunakan untuk menarik simpati dan memberikan motivasi kepada umat Islam untuk syahid dalam perjuangan jihad mereka yang turut melibatkan kaum wanita dan juga golongan belia. Ancaman Deash dilihat tertumpu kepada penyebaran ideologi ekstrem melalui media sosial. Satu kajian lain juga mendedahkan dalam kajian mereka bahawa rakyat Malaysia tetap mudah terpedaya dengan kandungan mesej di media sosial walaupun pihak berkuasa dan agama telah melarang keras dan memberikan pelbagai bukti kukuh mengenai penyelewengan ancaman Daesh dan kegiatan ekstremisme yang lain. Menurutnya lagi, penyebaran dakyah atau ideologi melalui media sosial ini dijalankan secara halus dan tidak melibatkan ramai pihak. Ini kerana platform media sosial bersifat mudah diakses dan akhirnya akan menjejaskan keselamatan negara kerana rakyat mudah dipengaruhi dengan ideologi yang salah. Hal ini boleh diumpamakan sebagai barah dalam masyarakat walaupun jumlah yang terlibat tidak ramai namun ia boleh mengakibatkan akidah dan agama seseorang terutamanya kepada mereka yang cetek pengetahuan agama Islam terpesong.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=