OFFSTONE JAN EDITION 2023
25 bentuk peringatan mahupun kesedaran untuk mereka. Justeru, beliau berkata kerjasama secara bersepadu dan sokongan semua pihak amat diperlukan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kepentingan keselamatan siber. Keselamatan siber adalah penting kerana organisasi kerajaan, tentera, korporat, kewangan dan perubatan mengumpul, memproses dan menyimpan jumlah data yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada komputer dan peranti lain. Sebahagian besar data itu boleh menjadi maklumat sensitif, sama ada harta intelek, data kewangan, maklumat peribadi atau jenis data lain yang akses atau pendedahan tanpa kebenaran boleh membawa kesan negatif. Organisasi menghantar data sensitif merentasi rangkaian dan ke peranti lain semasa menjalankan perniagaan, dan keselamatan siber menerangkan disiplin yang khusus untuk melindungi maklumat tersebut dan sistem yang digunakan untuk memproses atau menyimpannya. Apabila jumlah dan kecanggihan serangan siber berkembang, syarikat dan organisasi, terutamanya yang ditugaskan untuk melindungi maklumat yang berkaitan dengan keselamatan negara, kesihatan atau rekod kewangan, perlu mengambil langkah untuk melindungi maklumat perniagaan dan kakitangan sensitif mereka. Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), terdapat 10 langkah mudah kesedaran keselamatan siber antaranya adalah yang pertama, gunakan kata laluan berbeza; kedua, kemas kini perisian keselamatan; ketiga, simpan dan lindungi maklumat; keempat, elak terpedaya; kelima, beretika menggunakan internet dan media sosial; keenam, berwaspada jenayah siber; ketujuh, fikir sebelum klik; kelapan, laporkan; kesembilan, ambil tahu; dan yang terakhir, patuhi. Kesemua 10 langkah mudah ini digariskan bertujuan memberi panduan dan tunjuk ajar kepada semua pengguna siber agar lebih berhati-hati dan tahu tanggung jawab kendiri berkaitan keselamatan siber. Penutup Kita sebagai pengguna akhir atau pengendali serta mungkin juga salah seoarang yang terlibat dalam pelbagai kegiatan di alam maya mestilah peka dan waspada terhadap data-data yang diberikan dan dimasukkan dalam sistem. Kita juga sebagai pengguna mestilah mengambil inisiatif untuk belajar dan melindungi data peribadi kita daripada dicerobohi pihak lain. Proses ini mestilah datang daripada diri kita sendiri kerana hanya kita yang tahu betapa pentingnya apa yang kita lakukan. Dalam firman Allah, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Surah Ar-Ra’ad:11). BIBLIOGRAFI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=